Alhamdulillah... dah selesai dah kursus sehari bersama FAMA, JABATAN PERTANIAN & MARDI berkenaan Teknik Pengurusan Selepas Tuaian & 3P. Kursus ini telah dijalan di Institut Latihan KWSP, Bangi... peh mcm nak ke kebun plak hari ni 6.30am dah gerak dari nusarhu...
Banyak actually yg dapat dipelajari tentang cara2 menuai, handling, penyimpanan, pembungkusan, penggredan dan labelling. Nusarhu Agrotek sekali lagi bertuah kerana telah diberikan peluang menghadiri kursus yg sekiranya dianjurkan oleh pihak swasta akan melibatkan kos hampir RM1000.00 seorang.
Kursus yg dianjurkan oleh FAMA selangor ini memberikan pendedahan serta panduan kepada petani bagaimana untuk menuruskan hasil selepas tuaian serta teknik2 pembungkusan, penggredan dan melabel hasil untuk menjadikan hasil lebih kompetatif.
Kursus kali ini dibahagi kpd 3 sesi iaitu sesi pertama disampaikan oleh Pegawai drp mardi Dr Nik Masdek yg merupakan pakar tentang penyakit serta teknik pengurusan hasil selepas tuaian. Beliau telah menyampaikan tentang jenis2 racun dan penggunaan, cara 2 pengurusan hasil selepas tuaian yg melibatkan penyimpanan, ketahanan drp penyakit serta teknik2 mengurangkan risiko hasil rosak.
Sesi ke 2 disambung oleh En Saudi, pegawai FAMA yg pakar dlm bidang Penggredan Hasil Tanaman. Peserta telah didedahkan tentang teknik menggred hasil dan bagaimanakah keuntungan dapat dimaksimakan selepas hasil digredkan. Kurang pengetahuan oleh petani tentang kelebihan mengred menyebabkan pendapatan petani tidak dapat bertambah dan hasi, juga tidak dapat ditambah nilai.
Sesi ke 3 disampaikan oleh En Zulkifli, Timbalan Pengarah Fama negeri Selangor.. beliau telah menyentuh tentang 3P iaitu penggredan, pembungkusan dan Pelabelan yg telah pun termaktub dalam PERATURAN 3P - akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (disemak) 2004 (akta 141) . Pendedahan kepada 3P ini akan menjadikan hasil keluaran petani lebih diiktiraf serta berpeluang untuk menembusi pasaran Antarabangsa.
Kursus ini telah pun memberikan banyak ilmu kepada kami semoga agensi berkaitan akan dapat terus memberikan peluang kepada petani untuk terus menambah ilmu dan mencapai sasaran Petani Moden - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
(gambar akan diupdatekan nanti.. insyallah)
BERBUDI PADA TANAH
Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment