
BERBUDI PADA TANAH
Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Monday, November 9, 2009
Tebu 8 bulan

Thursday, July 16, 2009
KURSUS PENYEDIAAN SELEPAS TUAIAN & 3P
Banyak actually yg dapat dipelajari tentang cara2 menuai, handling, penyimpanan, pembungkusan, penggredan dan labelling. Nusarhu Agrotek sekali lagi bertuah kerana telah diberikan peluang menghadiri kursus yg sekiranya dianjurkan oleh pihak swasta akan melibatkan kos hampir RM1000.00 seorang.
Kursus yg dianjurkan oleh FAMA selangor ini memberikan pendedahan serta panduan kepada petani bagaimana untuk menuruskan hasil selepas tuaian serta teknik2 pembungkusan, penggredan dan melabel hasil untuk menjadikan hasil lebih kompetatif.
Kursus kali ini dibahagi kpd 3 sesi iaitu sesi pertama disampaikan oleh Pegawai drp mardi Dr Nik Masdek yg merupakan pakar tentang penyakit serta teknik pengurusan hasil selepas tuaian. Beliau telah menyampaikan tentang jenis2 racun dan penggunaan, cara 2 pengurusan hasil selepas tuaian yg melibatkan penyimpanan, ketahanan drp penyakit serta teknik2 mengurangkan risiko hasil rosak.
Sesi ke 2 disambung oleh En Saudi, pegawai FAMA yg pakar dlm bidang Penggredan Hasil Tanaman. Peserta telah didedahkan tentang teknik menggred hasil dan bagaimanakah keuntungan dapat dimaksimakan selepas hasil digredkan. Kurang pengetahuan oleh petani tentang kelebihan mengred menyebabkan pendapatan petani tidak dapat bertambah dan hasi, juga tidak dapat ditambah nilai.
Sesi ke 3 disampaikan oleh En Zulkifli, Timbalan Pengarah Fama negeri Selangor.. beliau telah menyentuh tentang 3P iaitu penggredan, pembungkusan dan Pelabelan yg telah pun termaktub dalam PERATURAN 3P - akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (disemak) 2004 (akta 141) . Pendedahan kepada 3P ini akan menjadikan hasil keluaran petani lebih diiktiraf serta berpeluang untuk menembusi pasaran Antarabangsa.
Kursus ini telah pun memberikan banyak ilmu kepada kami semoga agensi berkaitan akan dapat terus memberikan peluang kepada petani untuk terus menambah ilmu dan mencapai sasaran Petani Moden - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
(gambar akan diupdatekan nanti.. insyallah)
Wednesday, May 13, 2009
Jelebu pengeluar utama tebu telur
JELEBU 11 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengenal pasti daerah ini sebagai pusat pengeluaran utama tebu telur di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya, Sokri Mohd. Nor, berkata, secara keseluruhannya nilai jualan tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri adalah sebanyak RM475,000 setiap tahun.
Katanya, kira-kira 90 peratus hasil tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri ditanam di sekitar daerah ini.
''Kualiti tinggi tebu telur yang ditanam di daerah ini menyebabkan ia menjadi pilihan sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor yang mengeksport produk keluarannya ke Singapura," ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang tanaman tebu telur Ramli Ahmad di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru- baru ini.
Hadir sama Pegawai Pengembangan Cawangan Kualiti dan Standard FAMA, Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki.
''Selain pasaran dalam negara dan Singapura, FAMA berhasrat memperluas pasaran jus tebu telur ke negara-negara lain terutamanya di rantau Timur Tengah.
''Kuantiti tebu telur yang diperlukan oleh pengilang akan meningkat sebaik sahaja pasaran-pasaran baru dibuka," jelas beliau.
Sehubungan itu, ujarnya, FAMA negeri memerlukan lebih ramai pengusaha ladang kontrak khusus untuk membekalkan tebu telur berkualiti tinggi.
Sokri berkata, keutamaan akan diberi kepada pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan yang beroperasi di sekitar daerah ini dan mereka boleh menghubungi FAMA negeri di talian 06-7635797 atau 06-7638959 serta laman web http://www.fama.gov.my untuk maklumat lanjut.
Tuesday, May 12, 2009
LAWATAN KE PUSAT EKSPORT TEBU
Tuesday, April 28, 2009
Lawatan Fama ke Ladang Pansoon
Jam 0645 kitaorg dah gerak drp nusarhu ke Hulu langat, sampai di Nanding jam +/- 7.40am... biasaklah ngeteh dulu & baca paper....jam 8.45am dah gerak ke batu 14 utk tunggu rombongan FAMA. Alhamdulillah jam 0900 am dah nampak Hj alias drp FAMA HQ sampai... kitaorg tunggu dia kat depan PPK Hulu langat Utara... selepas 15 minit menunggu pegawai FAMA kajang pun sampai....
Sampai jer di Ladang , En Jamal (jamala59) drp Jada Bio Agrote
k & resources dah pun menanti. Kitaorg pun memperkenalkan diri pada en Jamal, yg menariknya bila sebut jer nama kitaorg, en jamal dah kenal.. itulah kelebihan internet, bila selalu berhubung secara online bila berjumpa mcm dah kenal lama walaupun kali pertama bersua muka. En Jamal nih sahabat kpd Bro Razib, dia pun akan memulakan projek tebu nih seluas 4 ekar di Bangi sedikit masa lagi, semoga Nragrotek dan Jada Bio agrotek akan menjadi rakan petani yg sentiasa tolong menolong di masa hadapan. Insyallah (gambar : ni ler rupanya teratak kitaorg, sekadar utk berteduh)Banyak ilmu dan pandangan yg telah diberikan oleh FAMA selama 1 jam setengah di ladang, ilmu tentang teknik penanaman, pasaran dan perkongsian cerita pengalaman petani yg telah menjalankan Projek Ladang Kontrak FAMA.
Menurut en Alias dari FAMA, tebu mempunyai pasaran yg luas sekarang kerana tebu telah menjadi komoditi negara yg berjaya di eksport. Tebu kuning drp Malaysia merupakan kualiti tebu no 1 dunia disebabkan kadar kemanisan serta rasa yg lebih enak jika dibandingkan dengan tebu yg dikeluarkan drp negara lain.
Keluaran tebu drp ladang tebu kontrak ini akan di hantar ke pusat pengumpulan eksport di semerah, batu pahat, johor. Permintaan yg tinggi drp singapura menyebabkan pusat eksport ini
dibuka. Pusat ini akan memastikan tebu dicuci dan dibungkus mengikut piawaian eksport.
Menurut FAMA lagi, pd bulan 6 thn ini tebu akan mula memasuki pasaran timur tengah dimulai dgn Dubai. Dianggarkan 800 kontena akan dihantar ke Dubai dlm masa setahun. Permintaan yg tinggi ini akan menyebabkan berlaku kekurangan penawaran tebu dlm pasaran.
Nragrotek juga telah dimaklumkan yg kami telahpun berjaya memenuhi spesifikasi Ladang Kontrak FAMA dan insyallah akan turut serta menjadi penyumbang kepada Pengeluar Tebu untuk Pasaran Eksport.
Semoga rakan2 NRagrotek mengambil peluang ini dgn sebaiknya dan menjadikan hari ini sebagai permulaan kepada kejayaan yg lebih besar pada masa hadapan.
Nampaknya adalah jalan untuk Nragrotek utk terus membesarkan empayar ladang tebu di masa depan. Mungkin Ulu bernam seluas 200 ekar menjadi target kami seterusnya. Camna BEN 12?
( terkilan sikit lupa nak ambik gambar masa lawatan FAMA ke ladang :)







