SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Saturday, April 18, 2009

Pemohon Bantuan Pertanian perlu dapat sokongan JKKKP


TANJONG KARANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam menegaskan hanya sokongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi permohonan bantuan di bawah kementeriannya sahaja layak untuk dipertimbangkan.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, amaran dan surat tunjuk sebab akan diberikan kepada mana-mana pegawai yang meluluskan permohonan tanpa sokongan JKKKP berkenaan kerana engkar mengikut pekeliling yang akan dikeluarkan kelak.

Menurutnya, pengesahan JKKKP di negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) diperlukan bagi membolehkan saluran daripada Kerajaan Persekutuan dilaksanakan sekali gus mengelakkan rakyat keliru.

“Pengesahan ini penting bagi membolehkan rakyat tahu bahawa bantuan yang dihulurkan untuk sektor pertanian adalah daripada Kerajaan Pusat dan saya mahu mengelakkan perkara ini dipolitikkan pihak tertentu.

“Kita mesti tahu fungsi JKKKP kerana jawatankuasa itu adalah saluran yang diwujudkan Kerajaan Pusat bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan sempena Bulan Tanaman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sungai Burong, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Mokhtar Ismail, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datuk Roseley Datuk Khalid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan ADUN Permatang, Sulaiman Abd Razak.

Noh berkata, tindakan sedemikian diambil apabila melihat kerajaan negeri meletakkan syarat permohonan untuk kontraktor kelas F hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat kelulusan daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR).

“Di Tanjong Karang tiada wakil rakyat PR dan keadaan ini merugikan se:kali gus menyusahkan pen:duduk sekiranya mahu membuat permohonan di Pejabat Daerah Kuala Selangor.

“Bagi kita, yang penting rakyat didahulukan, prestasi diutamakan sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunaikan janji yang ditaburkan pilihan raya lalu untuk membantu rakyat,” katanya.




No comments:

Post a Comment