SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Tuesday, April 14, 2009

Kempen galakan makan ayam kampung kacukan

JERANTUT 12 April - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan kempen makan ayam kampung kacukan atau hibrid di Pasar Tani Kekal (PTK) Jerantut bagi meningkatkan lagi potensi industri ternakan tersebut.

Pengarah Kanan Ternakan Akuakultur dan Pelbagai Tanaman FAMA, Razali Muid berkata, sebanyak 800 ekor ayam kampung kacukan bernilai hampir RM10,000 habis dijual dalam tempoh sejam di PTK Jerantut itu.

Menurut beliau, kempen makan ayam kampung kacukan itu merupakan pertama kali diadakan di pasar tani.

''Usaha ini supaya pengguna tahu bahawa masakan ayam kampung kacukan atau hibrid mempunyai keenakan tersendiri kerana dagingnya lembut berbanding ayam kampung biasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran promosi produk pertanian, kempen penurunan harga dan beli barangan Malaysia anjuran FAMA Jerantut hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee, Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd. Ali, Pegawai FAMA Jerantut, Mohd. Lokman Muhd. Isa dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jerantut, Abdul Mubin Ahmad.

Razali memberitahu, promosi berkenaan bertujuan menggalakkan penggemar masakan kampung memasak ayam kampung kacukan untuk hidangan harian selain mengurangkan makan ayam daging biasa.

Beliau menambah, promosi makan ayam kampung kacukan antara strategi awal untuk menggalakkan petani memajukan sektor ternakan itu bermula di peringkat pasar tani.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kempen menurunkan harga barang dan galakan membeli hasil kampung bertujuan merangsangkan ekonomi peniaga luar bandar.

Menurut beliau, strategi FAMA mengadakan kempen jualan murah di pasar tani dapat memberi peluang pengguna memilih pelbagai hasil kampung yang segar dan berkualiti.

''Pengguna mempunyai alternatif membeli hasil ternakan seperti ayam kampung kacukan dan ikan air tawar yang murah berbanding di tempat lain," jelasnya.

Ismail yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut berkata, kempen berkenaan mendidik pengguna bijak berfikir ketika berbelanja.

Sehubungan itu, tambahnya, program tersebut perlu seiring dengan kempen galakan membeli hasil kampung seperti ayam kampung kacukan dan ikan air tawar untuk mengembangkan potensi industri ternakan berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia 13/04/2009

No comments:

Post a Comment