SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Saturday, May 30, 2009

TAZKIRAH: Apabila Hasad Mengambil Tempat, Kebaikan Akan Terpinggir




Hikayat kisah-kisah melayu lama banyak memuatkan tabiat melayu yang amat cenderung untuk hasad dengki antara satu sama lain. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran kisah-kisah tersebut. Namun yang pasti samada kisah itu benar atau bohong, atau separuh bohong, unsur hasad dengki mempengaruhi masyarakat melayu sehingga kisah-kisah yang berunsur sedemikian terbentuk dan diwarisi.

Mungkin ianya kisah yang ada asalnya, atau igauan perekanya yang selalu terbayang unsur-unsur hasad dengki yang sering mengambil peranan dalam masyarakatnya. Lihat sahaja Hikayat Hang Tuah, Hang Nadim dan berbagai kisah-kisah yang lain. Kisah-kisah itu menggambarkan betapa hasad dengki telah mengambil tempat utama dalam kemuncak kisah dan pemikiran ingin mengambil manfaat dari kebolehan individu lain dipinggirkan. Mungkin ada masyarakat lain juga yang demikian, kerana hasad dengki adalah ‘penyakit antarabangsa’.

Dari segi realitinya –walaupun tidak semua- orang kita selalu hasad apabila melihat sesama kita maju ke hadapan. Padahal itu bukan sifat yang baik bagi satu bangsa yang sedang bersaing membangunkan kaum mereka. Dahulu jika ada orang melayu yang berkebun di kampung akan ada yang menyindir: “nanti habislah sayur cina tidak laku”. Jika ada yang cuba berniaga akan ada yang memerli: “nanti tutuplah kedai cina, aku nak tengok berapa hari boleh bertahan”.

Pada zaman ini pula, jika mereka melihat ‘orang lain kaya raya, mereka tidak pernah atau jarang mempertikaikan “daripada taukeh itu dapat duit, atau boleh kaya?”. Namun jika ada sebangsa dengan mereka yang kaya, terus sahaja ada pemikiran negatif bermain di kepala sebahagian kita. Sangkaan jahat dek hasad pun akan muncul, lalu mereka akan berkata: barangkali ada ‘orang atas’ yang tolong dia, atau barangkali rasuah, atau kroni atau barangkali itu dan ini.

Nilai-nilai negatif itulah yang menguasai pemikiran ramai tanpa terlebih dahulu dimulakan dengan sangkaan baik dan mendoakan agar sesama kita mendapat rezeki yang halal. Perangai ini sebenarnya bermula dari sikap bangsa melayu itu yang ramai tidak ada keyakinan kepada diri sendiri untuk bermampuan seperti ‘orang lain’, juga berhasad dengki jika melihat di kalangan bangsanya ada yang lebih kehadapan.

Barangkali ramai yang ‘begitu melayu’ akan sensitif dengan apa yang saya sebut ini. Namun tokoh melayu yang agung Zaaba telah pun menyebut hal yang sama sejak lama dahulu. Dalam bukunya ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’ yang diharamkan oleh golongan agama konservetif pada zamannya, Zaaba menyebut : “Demikian pula jika hendak berniaga, orang kita tiada bermodal dan tiada upaya mencari modal walau modal kecil-kecil pun dengan ikhtiar sendiri; dan sentiasa mereka mengaku tiada upaya itu!

Sebaliknya jika ada modal pula, mereka tiada upaya menjalankan perniagaan itu dengan jalan-jalan yang betul dan cara yang teratur, serta dengan amanah dan jimat cermat, sehingga mencapai kejayaan dan dipercaya orang. Padahal bangsa-bangsa lain yang datang sebagai ’singkek’ mula-mulanya ke negeri ini dengan tiada mempunyai sebarang harta dan wang belanja –hanya ada tulang empat kerat dan akal ikhtiar serta kepercayaan akan kebolehan dirinya- dapat mereka berikhtiar mencari wang.

Bahkan dilihat mereka negeri ini sememangnya negeri yang kaya raya, dan semua perkara boleh jadi wang, sehingga sampah di tepi jalan itupun boleh jadi wang belaka; sebab itulah mereka berkumpul ramai ke sini. Kemudian setelah dapat wang maka dengan berjimat-cermat dan berdikit-dikit dikumpulkan mereka lalu mereka membuka kedai kecil-kecil –barangkali di kampung-kampung, di kebun-kebun getah atau di hulu-hulu.

Tetapi kerap kali yang kecil itu akhirnya menjadi besar dan maju lalu mereka berpindah berkedai di bandar-bandar pula. Kesudahannya sehingga penuh segala bandar negeri-negeri Melayu ini oleh kedai dan tempat perniagaan mereka sahaja; dan segala pasar pun kecil besar pada kebanyakan tempat, mereka jugalah yang memegang dan memenuhinya!

Sekalian itu ialah terutamanya oleh sebab mereka kuat berpegang kepada kebolehan sendiri. Begitulah sedikit daripada contoh yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan kita daripada mereka itu dengan sebab mereka ada perangai percaya kepada kebolehan diri sendiri dan kuat bergantung kepada ikhtiar diri sendiri, dan kita tidak.

Ya, berkecualian daripada keadaan yang telah diceritakan itu tentulah ada dan boleh terdapat di sana sini. Tetapi berapa orang? Barangkali tidak ada satu dalam seribu atau sepuluh ribu. Yang terlebih banyaknya ialah seperti yang diceritakan itu juga…maka selagi tidak kita ubah sakalian ini, diganti dengan perasaan dan pemandangan hidup yang lebih baik, tidaklah akan diubah Tuhan hal kita, melainkan akan terbenam juga di dalam kubang kita yang ada ini selagi kita kekalkan sifat-sifat kelemahan yang ada pada diri kita sekarang”. (Zaaba, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, DBP, 17-18).

Barangkali sebahagian orang melayu sudah pun mengalami proses minda dan persepsi. Namun di kebanyakan kampung, apa yang disebut Zaaba masih kelihatan segar. Salah satu sebab yang menghilangkan keyakinan masyarakat melayu adalah banyak tersebar bicara dan ucapan manusia yang hasad sesama sendiri yang selalu meluahkan perkataan buruk apabila melihat orang lain lebih baik atau memiliki keistimewaan. Ramai yang suka mempertikai kelebihan orang lain untuk dijatuhkan daripada membincang kesusahan sesama sendiri orang untuk dibantu.

Maka apabila ada seseorang yang memiliki kelebihan atau kebaikan segala pergerakannya akan diperhatikan. Bukan untuk dicontohi, tapi untuk dikeji. Pantang ada salah dan silap dia akan dihentam. Namun jika ada seseorang yang melarat dalam kesusahan, tidaklah pula mereka sibuk berbincang bagaimana hendak membantu. Itulah hasad yang mencukur pegangan agama seseorang.

Maka hasad adalah musuh utama sesuatu masyarakat. Lebih buruk dari segala jenis penyakit. Hasad ini berasal dari bahasa ‘arab, kita sebut dalam bahasa kita sebagai dengki atau kita gabungkan arab dan melayu menjadi hasad dengki. Hasad secara mudahnya bermaksud perasaan inginkan agar nikmat atau kelebihan atau kebolehan atau keistimewaan yang ada pada insan lain terhapus.

Maka seseorang yang hasad selalu gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh pihak yang dihasadnya. Jika perasaan itu dilayan, maka maka si pendengki ini akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai. Maka lahirlah angkara-angkara buruk terhadap individu yang dihasadnya, tanpa dosa dan kesalahan melainkan kerana memiliki kelebihan.

Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad akan dipenuhi berita utamanya; jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah, tuduh-menuduh, maki-memaki, kata mengata dan segala macam perkara yang mendengarnya sudah memenatkan jiwa apatahlah lagi mengalaminya. Lihat dalam dunia politik melayu, tidak habis-habis dari perkara yang seperti itu. Padahal mereka semua mengaku muslim dan orang Islam itu bersaudara.

Dalam dunia golongan agama juga bukan sedikit perkara yang seperti itu. Bahkan dalam dunia akademik universiti juga kadang-kala hasad berjaya mendapat tempat sehingga merobohkan nilaian ilmiah. Dalam dunia pekerjaan dan perniagaan juga demikian. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama” (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang sahih, juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi).

Dalam dunia politik, ada kelompok manusia yang sanggup mewakafkan diri untuk berfikir bagaimana untuk menjatuhkan orang lain. Habis satu pilihanraya kepada pilihanraya yang akan datang. Habis satu pemilihan kepada satu pemilihan. Kerjanya tidak habis-habis. Tanpa batasan dosa dan pahala.

Demikian dalam perniagaan, kekeluargaan, pendidikan dan berbagai lagi. Si pendengki kadang kala tidak pernah kenal letih dalam usaha menghilangkan kebahagiaan orang yang didengkinya. Seakan mereka membantahkan kurniaan atau nikmat Allah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Allah mengingatkan kita dengan firmannya: (maksudnya) apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka? (Surah Ali ‘Imran: 54)

Bagi si pendengki atau kaki hasad ini, berita gembira untuknya bukan ajaran al-Quran atau sunnah, tapi kisah keburukan lawannya. Jika ada isu buruk orang dihasadnya, ceria dan tersenyum wajahnya. Jika ada kebaikan orang yang dihasadnya pula maka bermasam mukalah dia. Amat berbeza watak seperti ini dari ajaran Allah dan RasulNya yang menyuruh kita bergembira dengan berita baik dan berdukacita dengan berita jahat yang menimpa saudara muslim.

Mereka ini bagaikan lalat bangkai; yang busuk dicari, jika jatuh ke dalam minyak wangi ia mati. Padahal Allah memerintahkan kita semua; tanpa mengira orang politik atau selainnya: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).

Penafsir terkenal, Sayyid Qutb menyentuh ayat ini dengan begitu mendekati kehidupan muslimin di zaman kini, beliau menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi –atas apa alasan sekali pun- untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. Hukumlah manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain.

Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan menyintip) menempatkan dirinya dalam sistem perlaksanaan dalam masyarakat islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”.(rujukan: Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al-Syuruq). Namun atas ketamakan dan hasad dengki, ramai yang melarang pantang larang ini.

Dalam urusan agama pun bukan sedikit hasad dengki. Kadang-kala kita jumpa sesama yang berjubah atau berlebel agama pun hasad menghasad tanpa alasan yang benar. Ditolak pendapat yang benar dan dalil yang sahih kerana soal umur, daerah dan aliran. Lalu timbul hasad dengki diikuti mencerca dan menfitnah sesama yang memakai baju agama. Bukan kerana mempertahankan fakta dan kebenaran, tetapi dek perasaan dengki dan hasad.


Dalam sejarah Rasulullah s.a.w, golongan yang paling mengetahui tentang kebenaran baginda ialah golongan ahli Kitab. Namun merekalah yang paling kuat menentang baginda. Mereka menolaknya kerana hasad, sebab Nabi Muhammad bukan dari kelompok mereka. Lalu kedengkian itu menguasai jiwa mereka. Firman Allah: (maksudnya) “Banyak di kalangan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Baqarah: 109).

Bahkan hasad dengki boleh berlaku di kalangan kaum keluarga yang rapat, apa hendak dihairankan jika ianya berlaku di kalangan seagama. Sehingga kadang kala sanggup berpakat dengan musuh luar untuk menentang saudara seagama hanya disebabkan perbezaan parti atau kumpulan. Dalam sejarah Nabi Yusuf a.s. beliau dicampakkan ke dalam telaga oleh abang-abangnya sendiri, hanya kerana hasad dengki.

Al-Quran menyebut ucapan mereka: Ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.”(Ramai di antara mereka berkata):” bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik”. (Surah Yusuf: 8-9).

Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: Manusia ini terus berada dalam kebaikan selagi mereka tidak dengki-mendengki (Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh al-Albani). Sabdanya juga: “Tidak akan terhimpun dalam jiwa hamba Allah iman bersama dengan hasad” (Riwayat Ibn Hibban dihasankan oleh Al-Albani). Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad adalah masyarakat yang kotor di sisi Tuhan dan porak peranda dalam agenda kehidupan.




Tuesday, May 26, 2009

APA DAH JADI NGAN FASA 2??

emm itulah persoalan yg berlegar ... bila nak mulakan tanaman fasa 2... FAMA pun dok tanya dah... mungkin bukan rezeki kat pangsun kot rasanya.... NRagrotek mungkin akan hold dulu pembukaan fasa 2 di pangsun...bukan sebab masalah tapi sebab dapat tanah yg lebih luas dan lebih landai di Dengkil.... so lepas nih projek fasa 2 akan berpindah ke Dengkil..insyallah sedikit masa lagi..

Fasa 2 di Dengkil ini mungkin akan lebih besar dianggarkan 15 ekar, lampu hijau drp FAMA pun dah dapat. Pemilihan Dengkil dibuat berdasarkan kepada kadar pajakan tanah yg lebih murah dan kos operasi juga lebih murah serta kemudahan untuk mendapatkan manpower.

Urusan negotiation tanah dah pun berjalan, syarikat sedang mengusahakan proses ujian tanah dan kesesuaian. Terima kasih kepada member2 Nragrotek yg bersusah payah mendapatkan tanah kerajaan ni. Penanaman dijangka akan bermula dlm bulan julai sekiranya tak ada masalah. Penanaman akan dibuat secara berperingkat dan akan melibatkan kos hampir RM100,000.00

Diharapkan projek ini akan berjaya dan insyallah akan lebih terurus mamandangkan dah ada pengalaman kat Pansun. Anyway syabas all members NRagrotek... semoga impian menjadi kenyataan.

Wednesday, May 20, 2009

GAMBAR SEKITAR LAWATAN KE PUSAT EKSPORT TEBU

Khatab kat depan pintu masuk Kompleks Pengumpulan Tebu Fama, Semerah

khatab bergambar bersama pegawai fama HQ dan owner Purecane

Amir tgh cuba camna nak guna peeler kulit tebu

peh... ni lah gred Premium... tinggiiii.... Panjanggg...


Tebu yg dah masuk dlm standard packing untuk di eksport


gambar sekitar proses production

Ni QC baru ker aper?



Thursday, May 14, 2009

Wednesday, May 13, 2009

Jelebu pengeluar utama tebu telur

JELEBU 11 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengenal pasti daerah ini sebagai pusat pengeluaran utama tebu telur di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Sokri Mohd. Nor, berkata, secara keseluruhannya nilai jualan tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri adalah sebanyak RM475,000 setiap tahun.

Katanya, kira-kira 90 peratus hasil tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri ditanam di sekitar daerah ini.

''Kualiti tinggi tebu telur yang ditanam di daerah ini menyebabkan ia menjadi pilihan sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor yang mengeksport produk keluarannya ke Singapura," ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang tanaman tebu telur Ramli Ahmad di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru- baru ini.

Hadir sama Pegawai Pengembangan Cawangan Kualiti dan Standard FAMA, Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki.

''Selain pasaran dalam negara dan Singapura, FAMA berhasrat memperluas pasaran jus tebu telur ke negara-negara lain terutamanya di rantau Timur Tengah.

''Kuantiti tebu telur yang diperlukan oleh pengilang akan meningkat sebaik sahaja pasaran-pasaran baru dibuka," jelas beliau.

Sehubungan itu, ujarnya, FAMA negeri memerlukan lebih ramai pengusaha ladang kontrak khusus untuk membekalkan tebu telur berkualiti tinggi.

Sokri berkata, keutamaan akan diberi kepada pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan yang beroperasi di sekitar daerah ini dan mereka boleh menghubungi FAMA negeri di talian 06-7635797 atau 06-7638959 serta laman web http://www.fama.gov.my untuk maklumat lanjut.

Tuesday, May 12, 2009

LAWATAN KE PUSAT EKSPORT TEBU

Alhamdulillah... hari nih Nusarhuagrotek telah terpilih untuk dibawa melawat ke pusat eksport tebu di Batu Pahat, Johor oleh FAMA. Memandangkan hari bekerja ramailah yg tak dapat hadir, cuma Dr. Khatab nganG'dean jer yg mewakilkan NRagrotek. Semoga mereka akan dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dan dapat menjadikan Nragrotek Syarikat Ladang Kontrak Tebu yg berjaya. All the best to you guys... saya akan update kan nanti gambar2 lawatan mereka di sini nanti, insyallah. ( nak tgk gambar klik sini)

Monday, May 4, 2009

2 Mei & 3 Mei 2009

2 Mei 2009

Hari nih merupakan antara hari yg paling mencabar bg gang NRagrotek, anak2 tebu yg tumbuh hampit 2 kaki di dalam parit perlu ditimbus dgn tanah untuk memastikan cengkaman akar semakin kuat serta membantu pertumbuhan anak baru...

macam biasa seawal 6.30am bro razib, bro zainal, bro anuar, ady dan amir dah bergerak dari Nusarhu ke langat.... seharian kami buat kerja2 menimbus tanah nie... memang kerja berat dgn cuaca yg amat terik.... kekadang rasanya mcm nak pitam...tapi bertahan, malulah den yg awal 30 nie tapi bro-bro otai yg dah cecah 40an masih steady...

Kalau difikirkan camna lah org2 dulu membuka tanah baru, tanpa jentera dan hanya tulang 4 kerat. Hanya jauhari mengenal manikam (betui ker peribahasa nie hehehe) ..

Kerja2 menimbus tanah nie menjadi semakin sukar bila rumput yg agak banyak dan subur di sepanjang parit tanaman tebu. Untuk panduan pada masa depan kerja2 tanah mestilah dilakukan dgn lebih baik lagi iaitu tanah perlu dirotor dan kemudian disembur racun rumpai pra-cambah untuk mengelakkan rumput yg panjang dan menutupi anak2 tebu.

akhirnya pada hari nih dapatlah disiapkan hampir separuh drp kawasan tanaman & akan disambung pada minggu hadapan.

3 Mei 2009

hari nie tak ramai yg dapat hadir, asalnya 5 org, zamri, tapa, ady, amir dan zafran... tapi zafran tak dapat hadir sebab balik kerja dah lewat, dia kena buat shooting AIM malam tadi. so tinggallah 4 orang.

Lagi sekali hari yg agak mencabar, pasal kena siapkan pembajaan, meracun serangga dan meracun kulat.

sampai jer pagi buat checking kat pokok tebu, dah mula nampak tanda2 diserang kulat... tompok2 putih dah nampak kat pangkal pelepah, so mesti siapkan semua task hari nih..

so tanpa berlengah kitaorg mulakan dgn aktiviti menabur baja NPK, rumput yg agak tebal menyukarkan kerja tapi tak per bertekad....

Habis jer membaja terus sambung meracun serangga, tenaga yg dah hampir separuh masa membaja + cuaca yg semakin panas memang bagi tekanan... tapi apa bleh buat perjuangan mesti diteruskan. Harap2 minggu depan dah tak nampaklah tanda2 serangan nih

petang sebelum balik, terpaksa ke sungai plak untuk pam kan air masuk ke tangki coz stok air dah habis... nak tak nak kena gi pam gak nanti minggu depan nak guna air untuk racun rumput dan kulat lagi....

begitulah kisah dan perit maung dlm penanaman tebu... tapi insyallh hasilnya lumayan.

well see u at next posting