SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Showing posts with label nusarhu property. Show all posts
Showing posts with label nusarhu property. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

KERJA2 PENYEDIAAN TANAH BERMULA

kerja2 clearing tanah pun dah siap, so mulalah kerja2 penyediaan tanah yang akan merangkumi beberapa bahagian:

  1. Meracun Pra cambah - supaya rumput serta benih mati, jadi nanti tak lah teruk nak maintain rumput
  2. Mengukur kawasan untuk lining dan melubang
  3. Melubang - lubang dengan jarak 10' X 10' akan dibuat dengan kelebaran 1' X 1' dan kedalaman 0.5'
  4. Baja dan racun - selesai aja melubang, baja tahi ayam dan Furadan 3 G akan dimasukkan untuk memastikan kualiti pokok nanti
  5. Memagar - Proses memasang pagar ni yg lama sikit nih, pagar memang lah kena buat sebab babi banyak kat kawasan nih
  6. Penyediaan air - Piping baru akan dibuat untuk memastikan bekalan air yg cukup buat anak pisang nanti, menurut yg mahir tanam pisang nih actually air memang sangat diperlukan.. untuk 3 bulan pertama
so kat bawah nih ada beberapa shot untuk weekend nih... kerja2 penyediaan tanah

ady tgh mengukur kawasan untuk lining lubang

ady tengah masukkan racun pra cambah dalam tong poly

zamri tengah bancuh racun...

pam untuk sembur racun plak rosak... mesyuarat dulu nak buat camna... keputusanya terpaksalah berkorban guna pam air bersih....

ni lah tengah test pam... piee nih kalau bab enjin memang serah kat dia lah....

Saturday, June 27, 2009

KERJA2 TANAH FASA 2 BERMULA

Alhamdulillah...hari nih kerja2 penyediaan tanah untuk fasa 2 dah pun selesai .... kerja2 ni bermula dari hari rabu lepas... so kat bawah ni adalah rentetan peristiwa....


Ni lah gambar2 progres kerja2 penyediaan tanah kat fasa 2....enjoy!!

ni jentera yg digunakan .........


lokasi tanahnya... kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor

ni lah tapak fasa 2...... semak lagi





ni lah hasilnya!!! ..... alhamdulillah dah clear tanah nih....

Khatab pun sibuk nak cuba bawak.... nasib baik tokey dia sporting.... aku pun cuba gak..hehehe





ni lah hasilnya.... amacam sayup jer nampakkan.....

ada banyak lagi gambar kalau nak tengok (KLIK SINI)

Tuesday, June 23, 2009

PASARAN PISANG

Sebagaimana yg telah diceritakan pada posting yg lalu, Nusarhu agrotek akan memulakan projek Fasa 2 di Pangsoon dengan tanaman pisang. Memandangkan projek pisang ini pihak syarikat tidak mengikat sebarang perjanjian dengan FAMA maka terpaksalah kami mencari sendiri pasaran.

Hari ini Jabatan Pertanian telahpun arrange beberapa sesi perbincangan antara pengeluar Kerepek di selangor dengan pihak Nusarhu agrotek. Nusarhu agrotek yg diwakili khatab, ady & Bro zainal dah awal2 lagi sampai kat Jabatan Pertanian. 8.30am dah terpacak kat situ... semalam dah lah mengeteh ngan Raja mengeteh sampai pkl 1.30 pagi.... berat betul rasanya nak bukak mata pagi tadi.... 6.30am dah kena gerak dari rumah takut nanti jam plak .... maklumlah org nak tolong kita takkanlah kita nak biarkan dia pulak tunggu kita kan...


Alhamdulillah.... seperti dirancang kami terus bergerak ke sepang untuk pertemuan yg dirancangkan oleh Jabatan Pertanian. Memang banyaklah yg kami nih terhutang budi kat Jabatan Pertanian nih.... budget bagi, pasaran pun tolong cari...

Sampai kat sepang kami terus melawat kilang kerepek yg dah pun beroperasi hampir 10 tahun.. Pemiliknya Pn Noor, Pn Noor ni kira antara pengeluar yg sukses lah.. dia pun ada ladang sendiri... bincang punya bincang dia pun kira setujulah nak ambik pisang Nusarhu agrotek nanti, ...then dia kata kalau bleh tanam ubi kayu ngan ubi keledek vitato pun dia ambik semua gak... ish makin masuk dlm bidang nih makin byk pulak peluang nih... sebenarnya bekalan pisang tak cukup macamtu jugaklah dgn ubi kayu... berebut pengilang nak dapatkan bekalan tambahan bila nak menjelang Ramadhan...

Ada macam2 perasa yg dibuat dgn Pisang dan Ubi kayu... dari rasa original sampailah ke rasa BBQ, Black Pepper dll..

Tengahari kami dah sampai balik kat Jabatan pertanian, Pegawai Luar yg incharge Nusarhu agrotek pula maklumkan yg Mesin Jentolak akan masuk ke Ladang esok untuk mulakan kerja2 clearing tanah... emmm makin sibuk nih.... nampaknya semua dalam schedule nih... kayu untuk pagar pun dah sampai sabtu lepas... emm weekend depan sibuklah nampaknya... amacam geng ada cukup kelapangan ker nak buat pagar minggu depan?






macamnilah keadaanya, cara mengupas ubi kayu pakai peeler...memang laju giler makcik2 nih mengupas kulit ubi nih

Wednesday, May 13, 2009

Jelebu pengeluar utama tebu telur

JELEBU 11 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengenal pasti daerah ini sebagai pusat pengeluaran utama tebu telur di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Sokri Mohd. Nor, berkata, secara keseluruhannya nilai jualan tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri adalah sebanyak RM475,000 setiap tahun.

Katanya, kira-kira 90 peratus hasil tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri ditanam di sekitar daerah ini.

''Kualiti tinggi tebu telur yang ditanam di daerah ini menyebabkan ia menjadi pilihan sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor yang mengeksport produk keluarannya ke Singapura," ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang tanaman tebu telur Ramli Ahmad di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru- baru ini.

Hadir sama Pegawai Pengembangan Cawangan Kualiti dan Standard FAMA, Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki.

''Selain pasaran dalam negara dan Singapura, FAMA berhasrat memperluas pasaran jus tebu telur ke negara-negara lain terutamanya di rantau Timur Tengah.

''Kuantiti tebu telur yang diperlukan oleh pengilang akan meningkat sebaik sahaja pasaran-pasaran baru dibuka," jelas beliau.

Sehubungan itu, ujarnya, FAMA negeri memerlukan lebih ramai pengusaha ladang kontrak khusus untuk membekalkan tebu telur berkualiti tinggi.

Sokri berkata, keutamaan akan diberi kepada pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan yang beroperasi di sekitar daerah ini dan mereka boleh menghubungi FAMA negeri di talian 06-7635797 atau 06-7638959 serta laman web http://www.fama.gov.my untuk maklumat lanjut.

Monday, May 4, 2009

2 Mei & 3 Mei 2009

2 Mei 2009

Hari nih merupakan antara hari yg paling mencabar bg gang NRagrotek, anak2 tebu yg tumbuh hampit 2 kaki di dalam parit perlu ditimbus dgn tanah untuk memastikan cengkaman akar semakin kuat serta membantu pertumbuhan anak baru...

macam biasa seawal 6.30am bro razib, bro zainal, bro anuar, ady dan amir dah bergerak dari Nusarhu ke langat.... seharian kami buat kerja2 menimbus tanah nie... memang kerja berat dgn cuaca yg amat terik.... kekadang rasanya mcm nak pitam...tapi bertahan, malulah den yg awal 30 nie tapi bro-bro otai yg dah cecah 40an masih steady...

Kalau difikirkan camna lah org2 dulu membuka tanah baru, tanpa jentera dan hanya tulang 4 kerat. Hanya jauhari mengenal manikam (betui ker peribahasa nie hehehe) ..

Kerja2 menimbus tanah nie menjadi semakin sukar bila rumput yg agak banyak dan subur di sepanjang parit tanaman tebu. Untuk panduan pada masa depan kerja2 tanah mestilah dilakukan dgn lebih baik lagi iaitu tanah perlu dirotor dan kemudian disembur racun rumpai pra-cambah untuk mengelakkan rumput yg panjang dan menutupi anak2 tebu.

akhirnya pada hari nih dapatlah disiapkan hampir separuh drp kawasan tanaman & akan disambung pada minggu hadapan.

3 Mei 2009

hari nie tak ramai yg dapat hadir, asalnya 5 org, zamri, tapa, ady, amir dan zafran... tapi zafran tak dapat hadir sebab balik kerja dah lewat, dia kena buat shooting AIM malam tadi. so tinggallah 4 orang.

Lagi sekali hari yg agak mencabar, pasal kena siapkan pembajaan, meracun serangga dan meracun kulat.

sampai jer pagi buat checking kat pokok tebu, dah mula nampak tanda2 diserang kulat... tompok2 putih dah nampak kat pangkal pelepah, so mesti siapkan semua task hari nih..

so tanpa berlengah kitaorg mulakan dgn aktiviti menabur baja NPK, rumput yg agak tebal menyukarkan kerja tapi tak per bertekad....

Habis jer membaja terus sambung meracun serangga, tenaga yg dah hampir separuh masa membaja + cuaca yg semakin panas memang bagi tekanan... tapi apa bleh buat perjuangan mesti diteruskan. Harap2 minggu depan dah tak nampaklah tanda2 serangan nih

petang sebelum balik, terpaksa ke sungai plak untuk pam kan air masuk ke tangki coz stok air dah habis... nak tak nak kena gi pam gak nanti minggu depan nak guna air untuk racun rumput dan kulat lagi....

begitulah kisah dan perit maung dlm penanaman tebu... tapi insyallh hasilnya lumayan.

well see u at next posting

Monday, April 27, 2009

Ladang Tebu langat terkini

Updated 27/04/2009

Alhamdulillah setelah berpenat lelah hampir 2 bulan, banyak perubahan yg telah dibuat kat ladang nih... tebu pun dah semakin tinggi dan subur, pasaran pun dah confirm...alhamdulillah.

Nak cerita panjang2 pun susah nak paham... biarlah gambar yg menceritakan segalanya..

ni lah gambar ladang yg diambil dari kawasan fasa ke 2 , kelihatan deretan anak tebu yg menghijau... dah nampak cam ni semakin bersemangat lah semua... hehehe


kerja-kerja clear tanah sedang di buat kat tanah sebelah (fasa 2) yg akan dimulakan projek tanaman tebu dan pembiakan ayam kampung asli. Projek ini akan dimulakan sedikit masa lagi selepas selesai saja kerja2 tanah selesai... insyallah dlm bulan 6

kelihatan deretan anak tebu dlm parit yg dianggarkan setinggi 1.5 - 2 kaki tinggi


ni lah tanah fasa 2 yg akan diterangkan tak lama lagi, Luas tanah nih dlm 3 ekar... penat gak nak clear semak nih... depan tuh longgokan kayu2 2nd hand yg akan digunakan untuk buat reban ayam dan rumah kongsi pekerja nanti.... ish tak sabar rasanya nak tengok projek ni direalisasikan...doakan kejayaan kami yer...

ni gambar ladang kalau tgk dari bawah... dari jalan masuk... emmm dah makin kemas dah... nanti selepas kerja2 meracun rumput dibuat... peh mesti lagi cun melecun

ni lah gambar anak tebu dari jarak dekat... sakit jiwa tgk rumput pun sama naik... insyallah minggu depan selesailah kerja2 buang rumput kat keliling anak tebu nih... dah dapat formula drp otai2 tebu camna nak matikan rumput... insyallh minggu depan akan buat... anyway thanks otai tebu...

Saturday, April 18, 2009

Tanam Tebu Untuk Raih Pendapatan Mewah

SEREMBAN, 10 April (Bernama) -- Mungkin tidak ramai yang tahu tanaman tebu boleh menjanjikan pendapatan lumayan kepada seorang peladang dengan keuntungan antara RM5,000 dan RM8,000 bagi keluasan tanah hanya 0.4 hektar.

Keuntungan peladang akan berlipat ganda menjelang bulan Ramadan apabila permintaan yang meningkat menyebabkan harga sebatang tebu melonjak dari RM1.20 sebatang kepada RM2.50 menjadikan keuntungan boleh mencecah sehingga RM20,000.

Seorang pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkata sebaik-baiknya pemilik ladang mempunyai sekurang-kurangnya 1.6 hektar tanah yang membolehkan sebanyak 8,000 batang tebu ditanam.

Ladang tebu itu akan mengeluarkan hasil selepas lapan bulan.

Selain untuk pasaran tempatan, Fama juga membantu peladang mencari pasaran luar negara kerana tebu kini mempunyai potensi tinggi untuk dieksport ke negara Asia Barat dan juga Singapura.

AIR TEBU DIEKSPORT

Pengarah Fama (Bijirin dan Herba) Abdul Rahman Abdul Rahim memberitahu Bernama bahawa Johor merupakan negeri yang aktif dengan aktiviti penanaman dan pemasaran produk yang berkaitan dengan tebu.

"Di Batu Pahat sahaja kami ada 22.6 hektar dan Muar dengan keluasan 173 hektar ladang tebu. Peladang di sini ada yang inovatif dan berjaya menghasilkan minuman air tebu yang dibotolkan dan dieksport sehingga ke Singapura", katanya.

Jumlah eksport tebu ke Singapura mencecah antara 200 dan 400 ikat sehari malahan pada tahun 2006, eksport tebu mencapai sehingga RM5.4 juta, kemudian meningkat kepada RM5.8 juta pada tahun 2007.

Fama juga telah membina sebuah Pusat Pengumpulan Tebu (PPT) yang berharga RM4.5 juta di Semerah, Batu Pahat untuk pasaran eksport ke Singapura kerana negara itu mempunyai syarat yang ketat berhubung soal kebersihan dan kualiti produk pertanian.

PPT adalah pusat eksport bagi tebu dengan fokusnya adalah kualiti produk pertanian itu. Ia juga bertindak sebagai agen pemangkin pertumbuhan dan pembangunan tanaman itu di negara ini.

Pusat ini yang dilengkapi dua bilik sejuk mempunyai kemudahan penyelidikan untuk meningkatkan lagi kualiti tebu untuk pasaran domestik dan luar negeri.

Pusat itu, yang pertama dibina di Malaysia, merupakan usaha Fama untuk membolehkan tebu Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dengan produk tebu yang berkualiti tinggi, kata Abdul Rahman.

TEBU DIPOTONG DAN DIEKSPORT

Bernama yang mengikuti rombongan Fama ke PPT tersebut mendapati syarikat Purecane Manufacturing Sdn Bhd mengeksport batang-batang tebu yang siap dipotong pendek ke dalam kotak untuk dihantar ke Singapura.

Dalam satu perjanjian dengan Fama, Purecane bersetuju memasarkan tebu dari 79 peladang yang mengerjakan ladang kontrak di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Batang tebu yang telah dipotong pendek dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar ke Singapura.

Menurut Abdul Rahman, 400 kotak yang mengandungi 5,000 batang tebu di eksport ke Singapura setiap hari. Nilainya adalah RM330,000 sebulan.

Dengan adanya PPT di Semerah, ia membolehkan peladang memproses tebu mereka untuk pasaran eksport secara sistematik dengan dipantau oleh agensi tersebut.

KUALITI DIUTAMAKAN

Menurut Pengarah Pengurusan Purecane Manufacturing Sdn Bhd Loo Woe San, syarikatnya sudah pun menggunakan pusat itu sejak dibuka walaupun mempunyai kilang sendiri.

"Kami bagaimanapun yakin dengan wawasan Fama bahawa untuk mengeksport tebu, produk kita kena bersih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan Fama memastikan semua ini wujud di pusat ini", katanya.

Selain daripada batang tebu, pengusaha menghasilkan produk tebu seperti minuman air tebu yang dijual dalam botol berharga RM1.10.

Katanya produk ini tidak dijual di tempat lain kerana masalah kesegaran air tebu yang hanya bertahan paling lama seminggu.

Beliau sendiri mengakui syarikatnya tidak mendapat bekalan tebu yang cukup dan terpaksa mendapatkan bekalan dari ladang-ladang tebu di negeri lain.

"Permintaan antarabangsa sangat tinggi. Ini disebabkan tebu Malaysia mempunyai kualiti yang sangat baik dan airnya lebih sedap", katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, April 14, 2009

Kempen galakan makan ayam kampung kacukan

JERANTUT 12 April - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan kempen makan ayam kampung kacukan atau hibrid di Pasar Tani Kekal (PTK) Jerantut bagi meningkatkan lagi potensi industri ternakan tersebut.

Pengarah Kanan Ternakan Akuakultur dan Pelbagai Tanaman FAMA, Razali Muid berkata, sebanyak 800 ekor ayam kampung kacukan bernilai hampir RM10,000 habis dijual dalam tempoh sejam di PTK Jerantut itu.

Menurut beliau, kempen makan ayam kampung kacukan itu merupakan pertama kali diadakan di pasar tani.

''Usaha ini supaya pengguna tahu bahawa masakan ayam kampung kacukan atau hibrid mempunyai keenakan tersendiri kerana dagingnya lembut berbanding ayam kampung biasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran promosi produk pertanian, kempen penurunan harga dan beli barangan Malaysia anjuran FAMA Jerantut hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee, Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd. Ali, Pegawai FAMA Jerantut, Mohd. Lokman Muhd. Isa dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jerantut, Abdul Mubin Ahmad.

Razali memberitahu, promosi berkenaan bertujuan menggalakkan penggemar masakan kampung memasak ayam kampung kacukan untuk hidangan harian selain mengurangkan makan ayam daging biasa.

Beliau menambah, promosi makan ayam kampung kacukan antara strategi awal untuk menggalakkan petani memajukan sektor ternakan itu bermula di peringkat pasar tani.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kempen menurunkan harga barang dan galakan membeli hasil kampung bertujuan merangsangkan ekonomi peniaga luar bandar.

Menurut beliau, strategi FAMA mengadakan kempen jualan murah di pasar tani dapat memberi peluang pengguna memilih pelbagai hasil kampung yang segar dan berkualiti.

''Pengguna mempunyai alternatif membeli hasil ternakan seperti ayam kampung kacukan dan ikan air tawar yang murah berbanding di tempat lain," jelasnya.

Ismail yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut berkata, kempen berkenaan mendidik pengguna bijak berfikir ketika berbelanja.

Sehubungan itu, tambahnya, program tersebut perlu seiring dengan kempen galakan membeli hasil kampung seperti ayam kampung kacukan dan ikan air tawar untuk mengembangkan potensi industri ternakan berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia 13/04/2009

Monday, April 6, 2009

4 April 2009

Hari nih hari sabtu....bukan hari wajib ke ladang bagi NRA member, tapi atas inisiatif sendiri Amir ngan Bro Zainal pi gak, diaorg buat kerja2 membaja ngn mesin rumput, gua memang respect lah ngan bro zainal nih... umur kira otai lah kalau nak compare ngan org lain.. tapi semangat perjuangan dia memang sangat tinggi... walaupun kekadang gua nampak dia mcm dah letih sgt.. tapi dia mesti cuba buat gak.... gua salute lu bro!... mamat crew@amir ( dia nie pramugara mas) ni pon kira dlm golongan performance paling top lah, memang urat dawai tulang besi betul... anyway keep up your great effort....

so hari nih tamatlah kerja2 membaja...semua pokok dah dapat baja...rumput pun diaorg mesin gak hari nih...

(gambar: Bro zainal - topi merah, Crew - Baju Kelabu kat belakang tuh)

RENUNGAN BERSAMA

Ambillah masa untuk berfikir kerana berfikir itu asas keluasan Ambillah masa untuk membaca kerana membaca asas kebijaksanaan Ambillah masa untuk berkerja kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha Ambillah masa untuk sembahyang kerana sembahyang itu asas ketaatan Ambillah masa untuk bermain kerana bermain itu asas kecergasan Ambillah masa untuk bersedekah kerana masa terlalu singkat untuk diri sendiri Ambillah masa untuk tertawa kerana tertawa itu penawar jiwa Ambilah masa untuk sahabat kerana sahabat itu jalan kebahagian Ambillah masa untuk berkasih sayang kerana kasih sayang itu kurnian Allah

Thursday, April 2, 2009

1 APRIL 2009

dah cukup sebulan tebu kat plot A ditanam, so hari ni kitaorg mula membaja... cuba dapatkan baja NPK 15+15+15 tapi tak dak stok... so beli jer baja lain NPK 16+16+16.. lebih kurang sama jer cuma lebih 1 jer.... bawak stok baja sikit sangat... sekejap jer dah habis, so hari nih dapat siapkan hampir separuh kawasan tanaman tebu... plot A dan separuh plot B