SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Sunday, February 21, 2010

TIBANYA MUSIM PANAS

Fenomena Cuaca panas yg melanda Malaysia kini sememangnya sangat dirasai..sehingga 36 darjah celcius seperti yg di laporkan di akhbar2 tempatan...bukan saja kita manusia yg rasa, tanaman serta haiwan juga tetap akan merasa bahang panas dan tetap akan memeberi kesan terhadap perkembangan sektor pertanian.

Kesan panas nih memang sangat kami rasai especially masa kat ladang dan awas jgn sekali-kali melakukan pembakaran.. buruk akibatnya nanti...

Ladang NR agrotek mengalami kebakaran baru2 nie... setengah mampus jgklah rasanya nak memadam kan api, akibatnya banyaklah pokok pisang yg habis terbakar...nak buat camna kan dah musim panas...banyak rumput kering campur plak angin kuat...sekejap jer merebak...

so beringatlah... bak kata ruhil dlm lagunya " heyyy... jgn main api, nanti membakar diri..."


sebahagian drp kebun pisang yg terbakar


emm... mcm tu lah suratan takdir.. kita manusia hanya mampu merancang Allah jugak yg menentukan... bagaimanapun semua pisang yg terbakar nanti akan disulam semula dgn anak yg baru... Winners never quit and quitter never wins.

Cuaca panas nie jgk akan menyebabkan kadar kematian pokok tinggi akibat kuoleh tu kitaorg pun memulakan kerja2 menaiktaraf bekalan air ke kawasan pisang... tu pun atas nasihat Pegawai pertanian.

Menggunakan kelebihan cerun bukit kitaorg pun buat lah sistem paip yg akan spray kay bhg atas dan nanti air tuh pelan2 jatuh lah kat bawah..

air yg menyembur kluar macam d spray



Ariossss!!!!

Thursday, February 4, 2010

PROJEK FASA 2 - PISANG ABU@NIPAH

Projek pisang Nipah@Pisang Abu nie dah dimulakan pada minggu pertama bulan ramadhan lalu, dengan keluasan 2.5 ekar, jumlah pokok pisang yg telah di tanam adalah 1200 pokok, Hasil dianggarkan akan dapat dikeluarkan pada bulan april@May ini

Mengapa Tanam pisang? Begitulah, ramai yang bertanya kerana Nusarhu Agrotek telahpun sinonim dengan tanaman Tebu. Sebenarnya idea tanam pisang ini telah disyorkan oleh Pegawai Pertanian Langat kepada kami. Banyak juga kelebihan pisang jika dibandingkan dengan Tebu iaitu dari segi maintainence.

Tanaman tebu memerlukan penjagaan yg lebih jika dibandingkan dengan pisang, masalah mendapatkan pekerja berdedikasi menyebabkan pelbagai masalah yg dihadapai untuk mendapatkan gred tebu yg baik. Akibatnya hasil tebu kurang daripada yg dianggarkan.


(Bawah: kelihatan ladang tebu yg telah habis dituai)

walau bagaimana pun Tanaman pisang akhir2 ini di Malaysia telah diserang sejenis penyakit yg dinamakan MOKO DESEASE, penyakit ini akan menyebabkan daun pisang layu dan akhirnya mati tanpa dapat mengeluarkan buah. Semoga Allah melindungi kami daripada serangan penyakit ini.


(ady & husni selepas penat berkebun...)
untuk mengawal penyakit ini pihak NRagrotek akan mengambil beberapa langkah kawalan yg agak drastik untuk mengelakkan jangkitan/virus ini tersebar di kebun kami. Jadi minta maaf awal2 lah yer kalau dah datang ladang tuh tak dijemput masuk.

Wednesday, February 3, 2010

PENYAKIT POKOK PISANG & KAWALAN PENYAKIT



Buah hitam dan reput



Buah pisang masak tidak seragam.


Terdapat ooze bakteria apabila batang rhizom pokok pisang dipotong



Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman


KAWALAN

Pengurusan bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:

  • Laksanakan amalan pertanian baik dan pengurusan ladang yang baik.
  • Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan pokok-pokok berdekatan dalam lingkungan 5 – 10 meter diameter.
  • Basmikuman semua peralatan ladang dengan larutan formaldehye 10 %.
  • Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan penyakit .
  • Kuarantinkan kawasan serangan- Kawasan yang diserang akan dibiarkan rang (fallowing) selama 18 – 24 bulan untuk mengurangkan inokulum bakteria dalam tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk mencegah jangkitan patogen ke kawasan /pokok yang berhampiran.
  • Disyorkan ada tapak pencuci yang mengandungi larutan dicampur bahan basmi kuman dipintu masuk ladang pisang bagi mencegah sebaran patogen melalui tanah yang melekat pada tapak kasut (pekerja atau pelawat) dan kenderaan (keluar-masuk ladang).
  • Gunakan pembalut buah (mengandungi racun serangga) untuk mencegah jangkitan penyakit melalui jambak / tandan pisang oleh serangga.

Dipetik dari: Tanahkita.blogspot.com

TIPS KESIHATAN

walaupun artikel ini tiada kaitan dengan pertanian dan Nragrotek, namun ada banyak manafaat untuk kesihatan kita, sebar-sebarkan yer!

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak
: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering
: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah
. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.