SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Thursday, February 4, 2010

PROJEK FASA 2 - PISANG ABU@NIPAH

Projek pisang Nipah@Pisang Abu nie dah dimulakan pada minggu pertama bulan ramadhan lalu, dengan keluasan 2.5 ekar, jumlah pokok pisang yg telah di tanam adalah 1200 pokok, Hasil dianggarkan akan dapat dikeluarkan pada bulan april@May ini

Mengapa Tanam pisang? Begitulah, ramai yang bertanya kerana Nusarhu Agrotek telahpun sinonim dengan tanaman Tebu. Sebenarnya idea tanam pisang ini telah disyorkan oleh Pegawai Pertanian Langat kepada kami. Banyak juga kelebihan pisang jika dibandingkan dengan Tebu iaitu dari segi maintainence.

Tanaman tebu memerlukan penjagaan yg lebih jika dibandingkan dengan pisang, masalah mendapatkan pekerja berdedikasi menyebabkan pelbagai masalah yg dihadapai untuk mendapatkan gred tebu yg baik. Akibatnya hasil tebu kurang daripada yg dianggarkan.


(Bawah: kelihatan ladang tebu yg telah habis dituai)

walau bagaimana pun Tanaman pisang akhir2 ini di Malaysia telah diserang sejenis penyakit yg dinamakan MOKO DESEASE, penyakit ini akan menyebabkan daun pisang layu dan akhirnya mati tanpa dapat mengeluarkan buah. Semoga Allah melindungi kami daripada serangan penyakit ini.


(ady & husni selepas penat berkebun...)
untuk mengawal penyakit ini pihak NRagrotek akan mengambil beberapa langkah kawalan yg agak drastik untuk mengelakkan jangkitan/virus ini tersebar di kebun kami. Jadi minta maaf awal2 lah yer kalau dah datang ladang tuh tak dijemput masuk.

1 comment:

  1. Salam. Saya melihat kehadiran penyakit adalah akibat kerakusan manusia yang terlalu bergantung kepada kekuatan racun kimia dan mengenepikan kekuatan alami.

    ReplyDelete