SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Wednesday, May 26, 2010

Latest Update Ladang Pangsoon Mei 2010



Dah agak lama dah tak post any news kat blog nih... ramai dah yg bertanya....sorrylah actually tak sempat lagipun tak dak gambar yg nak dimasukkan, tak menarik lah posting kalau tak dak gambarkan...

so tgh tak dak idea nak tulis, just tgk gambar2 nih...it's could tell you everything.. enjoy


pokok2 pisang yg mencecah usia hampir 8 bulan



antara pokok yg dah mengeluarkan pisang....betui ka pisang nipah nih? conpius aku..


anak-anak pokok pisang yg dah keluar keliling....

deretan pokok pisang..pembesaran tak sekata...


ni lah BUNGALOW baru ganti bungalow lama yg musnah terbakar.....sebulan gak baru siap buat... biasalah tukang novice cam tu lah, actually pondok nih baru siap separuh..budget kurang..insyallah selepas dah dapat hasil pisang bleh lah besarkan lagi pondok nih



belakang tuh kebun tebu yg dah tak termaintain....indon2nya udah kabur pak!!


pokok2 cili api yg dah mengeluarkan buah...pedas kaw-kaw punya nih.. 100% organik no racun


ni lah sebahagian buah cili api@cabai burung yg dikutip...masak lomak cili api sodap nih!!

Tuesday, March 23, 2010

Harapan Baru Ladang Pangsoon April 2010

Dah lama tak update blog NRagrotek nih..ramai jugak yg tertanya2 apa dah jadi??..yg mendoakan kejayaan kitaorg tuh, terima kasihhh!!!

Sebagaimana yg dah diceritakan dlm post yg lalu, NRagrotek akan menukarkan tanaman tebu kepada tanaman lain yg kurang penjagaan memandangkan faktor masa dan tenaga yg tidak mencukupi. Pisang telah dikenalpasti sebagai pengganti tanaman ladang utama. Konsep integrasi akan dipraktikkan sepenuhnya di
NRagrotek iaitu melibatkan penggunaan ruang tanah sepenuhnya melalui tanaman serta penternakan yg dapat membantu meningkatkan pendapatan.

Alhamdulillah, tapak projek tebu dulu tengah dalam proses penyediaan tanah. Batas2 pun dah siap kat plot C. Konsep ladang integrasi sedang dimulakan di NRagrotek akan melibatkan penanaman pelbagai jenis tanaman jangka panjang serta jangka pendek juga penternakan.

Beberapa tanaman dikenalpasti untk ditanam antaranya timun, Rock Melon, Kunyit, Kari, Cili Padi kampung, Kacang Panjang, kacang buncis, Bunga kantan, Kesom & selom

Tanamn sulam (jangka pendek) yg tengah disediakan adalah spt berikut:

Cili padi kampung 100 pokok
Timun dlm proses semaian
kunyit 100 pokok
Kari 20 pokok

emmm yg paling best sekarang nih, bekalan elektrik pun dah ada, alhamdulillall!!..TQ zamri atas usaha gigih anda....tak lah Ketua kampung asyik kena kacau jer ngan pekerja kitaorg.. minta tolong cajkan hp! tg bro Adoi atas pertolongan anda. Rumah pekerja yg lebih selamat pun akan dimulakan pembinaan insyallah minggu depan, barang2 seperti pasir, simen, batu bata, tiang konkrit & bumbung zink dah pun dihantar hari jumaat lepas....so kira dah hampir complete lah!



Juga dalam perancangan adalah penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan, alhamdulillah reban ayam pun dah siap cuma menunggu bro Zafran mendapatkan anak ayam serta baka ayam. Antara ayam yg telah dikenalpasti akan diternak adalah ayam kampung, ayam mutiara serta ayam selasih.

harapan kali ini hasil akan lebih memandangkan dah ada pekerja tetap serta kemudahan yg lengkap & konsep ladang integrasi yg di praktikkan.


ni serba sedikit maklumat tentang penanaman timun untukl rujukan semua.

Pengenalan:

Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah. Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat. Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain. Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu. Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm). Kesusuaian Tanah:

Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat. Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor. Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi. Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas. Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).


Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2'). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat. Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'. Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah.

Pembajakan berikut boleh digunakan:-
14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15).
Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.
Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

Membuat Junjung / Penyokong:
Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat. Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para. Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.

Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/batas
(7.5m x 1.2m)
Amaun/hektar
(650 batas)
1
2
3
4
Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu
Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
300 kg
450 kg
450 kg
4 tan
200 kg
300 kg
300 kg

Pengairan:
Memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur. Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari, kecuali pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis. Musuh:
Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun. Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini. Penyakit: Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu. Gunakan racun kulat untuk mengawalnya. Pungutan Hasil: Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.

Sunday, February 21, 2010

TIBANYA MUSIM PANAS

Fenomena Cuaca panas yg melanda Malaysia kini sememangnya sangat dirasai..sehingga 36 darjah celcius seperti yg di laporkan di akhbar2 tempatan...bukan saja kita manusia yg rasa, tanaman serta haiwan juga tetap akan merasa bahang panas dan tetap akan memeberi kesan terhadap perkembangan sektor pertanian.

Kesan panas nih memang sangat kami rasai especially masa kat ladang dan awas jgn sekali-kali melakukan pembakaran.. buruk akibatnya nanti...

Ladang NR agrotek mengalami kebakaran baru2 nie... setengah mampus jgklah rasanya nak memadam kan api, akibatnya banyaklah pokok pisang yg habis terbakar...nak buat camna kan dah musim panas...banyak rumput kering campur plak angin kuat...sekejap jer merebak...

so beringatlah... bak kata ruhil dlm lagunya " heyyy... jgn main api, nanti membakar diri..."


sebahagian drp kebun pisang yg terbakar


emm... mcm tu lah suratan takdir.. kita manusia hanya mampu merancang Allah jugak yg menentukan... bagaimanapun semua pisang yg terbakar nanti akan disulam semula dgn anak yg baru... Winners never quit and quitter never wins.

Cuaca panas nie jgk akan menyebabkan kadar kematian pokok tinggi akibat kuoleh tu kitaorg pun memulakan kerja2 menaiktaraf bekalan air ke kawasan pisang... tu pun atas nasihat Pegawai pertanian.

Menggunakan kelebihan cerun bukit kitaorg pun buat lah sistem paip yg akan spray kay bhg atas dan nanti air tuh pelan2 jatuh lah kat bawah..

air yg menyembur kluar macam d spray



Ariossss!!!!

Thursday, February 4, 2010

PROJEK FASA 2 - PISANG ABU@NIPAH

Projek pisang Nipah@Pisang Abu nie dah dimulakan pada minggu pertama bulan ramadhan lalu, dengan keluasan 2.5 ekar, jumlah pokok pisang yg telah di tanam adalah 1200 pokok, Hasil dianggarkan akan dapat dikeluarkan pada bulan april@May ini

Mengapa Tanam pisang? Begitulah, ramai yang bertanya kerana Nusarhu Agrotek telahpun sinonim dengan tanaman Tebu. Sebenarnya idea tanam pisang ini telah disyorkan oleh Pegawai Pertanian Langat kepada kami. Banyak juga kelebihan pisang jika dibandingkan dengan Tebu iaitu dari segi maintainence.

Tanaman tebu memerlukan penjagaan yg lebih jika dibandingkan dengan pisang, masalah mendapatkan pekerja berdedikasi menyebabkan pelbagai masalah yg dihadapai untuk mendapatkan gred tebu yg baik. Akibatnya hasil tebu kurang daripada yg dianggarkan.


(Bawah: kelihatan ladang tebu yg telah habis dituai)

walau bagaimana pun Tanaman pisang akhir2 ini di Malaysia telah diserang sejenis penyakit yg dinamakan MOKO DESEASE, penyakit ini akan menyebabkan daun pisang layu dan akhirnya mati tanpa dapat mengeluarkan buah. Semoga Allah melindungi kami daripada serangan penyakit ini.


(ady & husni selepas penat berkebun...)
untuk mengawal penyakit ini pihak NRagrotek akan mengambil beberapa langkah kawalan yg agak drastik untuk mengelakkan jangkitan/virus ini tersebar di kebun kami. Jadi minta maaf awal2 lah yer kalau dah datang ladang tuh tak dijemput masuk.

Wednesday, February 3, 2010

PENYAKIT POKOK PISANG & KAWALAN PENYAKIT



Buah hitam dan reput



Buah pisang masak tidak seragam.


Terdapat ooze bakteria apabila batang rhizom pokok pisang dipotong



Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman


KAWALAN

Pengurusan bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:

  • Laksanakan amalan pertanian baik dan pengurusan ladang yang baik.
  • Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan pokok-pokok berdekatan dalam lingkungan 5 – 10 meter diameter.
  • Basmikuman semua peralatan ladang dengan larutan formaldehye 10 %.
  • Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan penyakit .
  • Kuarantinkan kawasan serangan- Kawasan yang diserang akan dibiarkan rang (fallowing) selama 18 – 24 bulan untuk mengurangkan inokulum bakteria dalam tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk mencegah jangkitan patogen ke kawasan /pokok yang berhampiran.
  • Disyorkan ada tapak pencuci yang mengandungi larutan dicampur bahan basmi kuman dipintu masuk ladang pisang bagi mencegah sebaran patogen melalui tanah yang melekat pada tapak kasut (pekerja atau pelawat) dan kenderaan (keluar-masuk ladang).
  • Gunakan pembalut buah (mengandungi racun serangga) untuk mencegah jangkitan penyakit melalui jambak / tandan pisang oleh serangga.

Dipetik dari: Tanahkita.blogspot.com

TIPS KESIHATAN

walaupun artikel ini tiada kaitan dengan pertanian dan Nragrotek, namun ada banyak manafaat untuk kesihatan kita, sebar-sebarkan yer!

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak
: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering
: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah
. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

Sunday, January 3, 2010

CERITA PENIPU - SELINGAN

dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...

si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorg kelentong penduduk2 kampung...

sbbkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...

nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de se org pon percaya...

diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....

so diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi..

suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..

anak : btul tu..

ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...

anak : woookey..bereh

lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...

10 minit berlalu......

20 minit berlalu.....

30 minit berlalu....

si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...

plurp...si ayah pon timbul....

anak : apsal lama sangat menyelam tadi????

ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( kelentong si ayah)

kini, giliran si anak lak menyelam.....

x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....

ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????

anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii