SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Thursday, April 30, 2009

Maklumat cuaca buat petani

Matahari tepat atas tropika punca cuaca panas

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR 29 April - Jabatan Meteorologi menjelaskan, keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun.

Pada masa yang sama, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti di luar di samping minum lebih banyak air bagi mengelak masalah kekurangan air dalam badan.

Kenyataan jabatan itu di sini hari ini memberitahu, sepanjang musim yang berlaku pada setiap April tersebut, kebiasaannya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.

Menurutnya, berdasarkan bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga semalam di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum.

Tambah kenyataan itu, suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April lalu.

''Keadaan cuaca panas dan kering dari pertengahan April disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.

''Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan,'' tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino.

Jabatan itu juga memberitahu, mulai Mei hingga September ini, negara akan mengalami Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

Wednesday, April 29, 2009

just focus you will see your future!

Tuesday, April 28, 2009

Lawatan Fama ke Ladang Pansoon

Hari ini FAMA drp HQ dan FAMA drp kajang buat lawatan ke Ladang di Pansoon... 3 mewakili NRagrotek iaitu Khatab, Bro zainal dan ady telah ditugaskan untuk menyambut dan berbincang dgn pihak FAMA..

Jam 0645 kitaorg dah gerak drp nusarhu ke Hulu langat, sampai di Nanding jam +/- 7.40am... biasaklah ngeteh dulu & baca paper....jam 8.45am dah gerak ke batu 14 utk tunggu rombongan FAMA. Alhamdulillah jam 0900 am dah nampak Hj alias drp FAMA HQ sampai... kitaorg tunggu dia kat depan PPK Hulu langat Utara... selepas 15 minit menunggu pegawai FAMA kajang pun sampai....

Sampai jer di Ladang , En Jamal (jamala59) drp Jada Bio Agrotek & resources dah pun menanti. Kitaorg pun memperkenalkan diri pada en Jamal, yg menariknya bila sebut jer nama kitaorg, en jamal dah kenal.. itulah kelebihan internet, bila selalu berhubung secara online bila berjumpa mcm dah kenal lama walaupun kali pertama bersua muka. En Jamal nih sahabat kpd Bro Razib, dia pun akan memulakan projek tebu nih seluas 4 ekar di Bangi sedikit masa lagi, semoga Nragrotek dan Jada Bio agrotek akan menjadi rakan petani yg sentiasa tolong menolong di masa hadapan. Insyallah (gambar : ni ler rupanya teratak kitaorg, sekadar utk berteduh)

Banyak ilmu dan pandangan yg telah diberikan oleh FAMA selama 1 jam setengah di ladang, ilmu tentang teknik penanaman, pasaran dan perkongsian cerita pengalaman petani yg telah menjalankan Projek Ladang Kontrak FAMA.

Menurut en Alias dari FAMA, tebu mempunyai pasaran yg luas sekarang kerana tebu telah menjadi komoditi negara yg berjaya di eksport. Tebu kuning drp Malaysia merupakan kualiti tebu no 1 dunia disebabkan kadar kemanisan serta rasa yg lebih enak jika dibandingkan dengan tebu yg dikeluarkan drp negara lain.

Keluaran tebu drp ladang tebu kontrak ini akan di hantar ke pusat pengumpulan eksport di semerah, batu pahat, johor. Permintaan yg tinggi drp singapura menyebabkan pusat eksport ini
dibuka. Pusat ini akan memastikan tebu dicuci dan dibungkus mengikut piawaian eksport.

Menurut FAMA lagi, pd bulan 6 thn ini tebu akan mula memasuki pasaran timur tengah dimulai dgn Dubai. Dianggarkan 800 kontena akan dihantar ke Dubai dlm masa setahun. Permintaan yg tinggi ini akan menyebabkan berlaku kekurangan penawaran tebu dlm pasaran.

Nragrotek juga telah dimaklumkan yg kami telahpun berjaya memenuhi spesifikasi Ladang Kontrak FAMA dan insyallah akan turut serta menjadi penyumbang kepada Pengeluar Tebu untuk Pasaran Eksport.

Semoga rakan2 NRagrotek mengambil peluang ini dgn sebaiknya dan menjadikan hari ini sebagai permulaan kepada kejayaan yg lebih besar pada masa hadapan.

Nampaknya adalah jalan untuk Nragrotek utk terus membesarkan empayar ladang tebu di masa depan. Mungkin Ulu bernam seluas 200 ekar menjadi target kami seterusnya. Camna BEN 12?

( terkilan sikit lupa nak ambik gambar masa lawatan FAMA ke ladang :)

Monday, April 27, 2009

Ladang Tebu langat terkini

Updated 27/04/2009

Alhamdulillah setelah berpenat lelah hampir 2 bulan, banyak perubahan yg telah dibuat kat ladang nih... tebu pun dah semakin tinggi dan subur, pasaran pun dah confirm...alhamdulillah.

Nak cerita panjang2 pun susah nak paham... biarlah gambar yg menceritakan segalanya..

ni lah gambar ladang yg diambil dari kawasan fasa ke 2 , kelihatan deretan anak tebu yg menghijau... dah nampak cam ni semakin bersemangat lah semua... hehehe


kerja-kerja clear tanah sedang di buat kat tanah sebelah (fasa 2) yg akan dimulakan projek tanaman tebu dan pembiakan ayam kampung asli. Projek ini akan dimulakan sedikit masa lagi selepas selesai saja kerja2 tanah selesai... insyallah dlm bulan 6

kelihatan deretan anak tebu dlm parit yg dianggarkan setinggi 1.5 - 2 kaki tinggi


ni lah tanah fasa 2 yg akan diterangkan tak lama lagi, Luas tanah nih dlm 3 ekar... penat gak nak clear semak nih... depan tuh longgokan kayu2 2nd hand yg akan digunakan untuk buat reban ayam dan rumah kongsi pekerja nanti.... ish tak sabar rasanya nak tengok projek ni direalisasikan...doakan kejayaan kami yer...

ni gambar ladang kalau tgk dari bawah... dari jalan masuk... emmm dah makin kemas dah... nanti selepas kerja2 meracun rumput dibuat... peh mesti lagi cun melecun

ni lah gambar anak tebu dari jarak dekat... sakit jiwa tgk rumput pun sama naik... insyallah minggu depan selesailah kerja2 buang rumput kat keliling anak tebu nih... dah dapat formula drp otai2 tebu camna nak matikan rumput... insyallh minggu depan akan buat... anyway thanks otai tebu...

Friday, April 24, 2009


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, April 21, 2009

19 April 2009

macam biasa hari nih hari ahad.. bergerak dari nusarhu jam 6.15 am... actually dah banyak kerja yg dah siap, cuma tinggal meracun di sebahagian plot B dan Plot C... so target hari nih... nak siapkan kerja2 ni lah....

Kerja merumput pun semalam bro zainal ngan cikgu dah datang buat... so ladang Nusarhu agrotek nih dah nampak mcm ladang lah... kalau tak... bila org melintas jer... mesti diaorg terfikir.... tanam rumput ker tanam lalang....

Selepas siap projek fasa pertama nih... kitaorg akan mulakan projek fasa ke 2.... projek menternak ayam kampung dan menanam pokok untuk makanan ayam.... hopefully akan cepat terlaksana.. insyallah..

Could this become a reality?


Esquire & GLAMOUR Magazine published on 31st February 2009..


Monday, April 20, 2009

Nusarhu agrotek advertising and promotion


Nusarhu agrotek will be anywhere.... :)

Nusarhu agrotek billboard at International Agriculture Conference 2012




Nusarhu One stop Agro Mall, KM36 Kuala Pansoon Village, Hulu Langat, Selangor

Saturday, April 18, 2009

Tanam Tebu Untuk Raih Pendapatan Mewah

SEREMBAN, 10 April (Bernama) -- Mungkin tidak ramai yang tahu tanaman tebu boleh menjanjikan pendapatan lumayan kepada seorang peladang dengan keuntungan antara RM5,000 dan RM8,000 bagi keluasan tanah hanya 0.4 hektar.

Keuntungan peladang akan berlipat ganda menjelang bulan Ramadan apabila permintaan yang meningkat menyebabkan harga sebatang tebu melonjak dari RM1.20 sebatang kepada RM2.50 menjadikan keuntungan boleh mencecah sehingga RM20,000.

Seorang pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkata sebaik-baiknya pemilik ladang mempunyai sekurang-kurangnya 1.6 hektar tanah yang membolehkan sebanyak 8,000 batang tebu ditanam.

Ladang tebu itu akan mengeluarkan hasil selepas lapan bulan.

Selain untuk pasaran tempatan, Fama juga membantu peladang mencari pasaran luar negara kerana tebu kini mempunyai potensi tinggi untuk dieksport ke negara Asia Barat dan juga Singapura.

AIR TEBU DIEKSPORT

Pengarah Fama (Bijirin dan Herba) Abdul Rahman Abdul Rahim memberitahu Bernama bahawa Johor merupakan negeri yang aktif dengan aktiviti penanaman dan pemasaran produk yang berkaitan dengan tebu.

"Di Batu Pahat sahaja kami ada 22.6 hektar dan Muar dengan keluasan 173 hektar ladang tebu. Peladang di sini ada yang inovatif dan berjaya menghasilkan minuman air tebu yang dibotolkan dan dieksport sehingga ke Singapura", katanya.

Jumlah eksport tebu ke Singapura mencecah antara 200 dan 400 ikat sehari malahan pada tahun 2006, eksport tebu mencapai sehingga RM5.4 juta, kemudian meningkat kepada RM5.8 juta pada tahun 2007.

Fama juga telah membina sebuah Pusat Pengumpulan Tebu (PPT) yang berharga RM4.5 juta di Semerah, Batu Pahat untuk pasaran eksport ke Singapura kerana negara itu mempunyai syarat yang ketat berhubung soal kebersihan dan kualiti produk pertanian.

PPT adalah pusat eksport bagi tebu dengan fokusnya adalah kualiti produk pertanian itu. Ia juga bertindak sebagai agen pemangkin pertumbuhan dan pembangunan tanaman itu di negara ini.

Pusat ini yang dilengkapi dua bilik sejuk mempunyai kemudahan penyelidikan untuk meningkatkan lagi kualiti tebu untuk pasaran domestik dan luar negeri.

Pusat itu, yang pertama dibina di Malaysia, merupakan usaha Fama untuk membolehkan tebu Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dengan produk tebu yang berkualiti tinggi, kata Abdul Rahman.

TEBU DIPOTONG DAN DIEKSPORT

Bernama yang mengikuti rombongan Fama ke PPT tersebut mendapati syarikat Purecane Manufacturing Sdn Bhd mengeksport batang-batang tebu yang siap dipotong pendek ke dalam kotak untuk dihantar ke Singapura.

Dalam satu perjanjian dengan Fama, Purecane bersetuju memasarkan tebu dari 79 peladang yang mengerjakan ladang kontrak di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Batang tebu yang telah dipotong pendek dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar ke Singapura.

Menurut Abdul Rahman, 400 kotak yang mengandungi 5,000 batang tebu di eksport ke Singapura setiap hari. Nilainya adalah RM330,000 sebulan.

Dengan adanya PPT di Semerah, ia membolehkan peladang memproses tebu mereka untuk pasaran eksport secara sistematik dengan dipantau oleh agensi tersebut.

KUALITI DIUTAMAKAN

Menurut Pengarah Pengurusan Purecane Manufacturing Sdn Bhd Loo Woe San, syarikatnya sudah pun menggunakan pusat itu sejak dibuka walaupun mempunyai kilang sendiri.

"Kami bagaimanapun yakin dengan wawasan Fama bahawa untuk mengeksport tebu, produk kita kena bersih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan Fama memastikan semua ini wujud di pusat ini", katanya.

Selain daripada batang tebu, pengusaha menghasilkan produk tebu seperti minuman air tebu yang dijual dalam botol berharga RM1.10.

Katanya produk ini tidak dijual di tempat lain kerana masalah kesegaran air tebu yang hanya bertahan paling lama seminggu.

Beliau sendiri mengakui syarikatnya tidak mendapat bekalan tebu yang cukup dan terpaksa mendapatkan bekalan dari ladang-ladang tebu di negeri lain.

"Permintaan antarabangsa sangat tinggi. Ini disebabkan tebu Malaysia mempunyai kualiti yang sangat baik dan airnya lebih sedap", katanya.

-- BERNAMA

Pemohon Bantuan Pertanian perlu dapat sokongan JKKKP


TANJONG KARANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam menegaskan hanya sokongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi permohonan bantuan di bawah kementeriannya sahaja layak untuk dipertimbangkan.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, amaran dan surat tunjuk sebab akan diberikan kepada mana-mana pegawai yang meluluskan permohonan tanpa sokongan JKKKP berkenaan kerana engkar mengikut pekeliling yang akan dikeluarkan kelak.

Menurutnya, pengesahan JKKKP di negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) diperlukan bagi membolehkan saluran daripada Kerajaan Persekutuan dilaksanakan sekali gus mengelakkan rakyat keliru.

“Pengesahan ini penting bagi membolehkan rakyat tahu bahawa bantuan yang dihulurkan untuk sektor pertanian adalah daripada Kerajaan Pusat dan saya mahu mengelakkan perkara ini dipolitikkan pihak tertentu.

“Kita mesti tahu fungsi JKKKP kerana jawatankuasa itu adalah saluran yang diwujudkan Kerajaan Pusat bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan sempena Bulan Tanaman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sungai Burong, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Mokhtar Ismail, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datuk Roseley Datuk Khalid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan ADUN Permatang, Sulaiman Abd Razak.

Noh berkata, tindakan sedemikian diambil apabila melihat kerajaan negeri meletakkan syarat permohonan untuk kontraktor kelas F hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat kelulusan daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR).

“Di Tanjong Karang tiada wakil rakyat PR dan keadaan ini merugikan se:kali gus menyusahkan pen:duduk sekiranya mahu membuat permohonan di Pejabat Daerah Kuala Selangor.

“Bagi kita, yang penting rakyat didahulukan, prestasi diutamakan sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunaikan janji yang ditaburkan pilihan raya lalu untuk membantu rakyat,” katanya.




Tuesday, April 14, 2009

Kempen galakan makan ayam kampung kacukan

JERANTUT 12 April - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan kempen makan ayam kampung kacukan atau hibrid di Pasar Tani Kekal (PTK) Jerantut bagi meningkatkan lagi potensi industri ternakan tersebut.

Pengarah Kanan Ternakan Akuakultur dan Pelbagai Tanaman FAMA, Razali Muid berkata, sebanyak 800 ekor ayam kampung kacukan bernilai hampir RM10,000 habis dijual dalam tempoh sejam di PTK Jerantut itu.

Menurut beliau, kempen makan ayam kampung kacukan itu merupakan pertama kali diadakan di pasar tani.

''Usaha ini supaya pengguna tahu bahawa masakan ayam kampung kacukan atau hibrid mempunyai keenakan tersendiri kerana dagingnya lembut berbanding ayam kampung biasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran promosi produk pertanian, kempen penurunan harga dan beli barangan Malaysia anjuran FAMA Jerantut hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee, Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd. Ali, Pegawai FAMA Jerantut, Mohd. Lokman Muhd. Isa dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jerantut, Abdul Mubin Ahmad.

Razali memberitahu, promosi berkenaan bertujuan menggalakkan penggemar masakan kampung memasak ayam kampung kacukan untuk hidangan harian selain mengurangkan makan ayam daging biasa.

Beliau menambah, promosi makan ayam kampung kacukan antara strategi awal untuk menggalakkan petani memajukan sektor ternakan itu bermula di peringkat pasar tani.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kempen menurunkan harga barang dan galakan membeli hasil kampung bertujuan merangsangkan ekonomi peniaga luar bandar.

Menurut beliau, strategi FAMA mengadakan kempen jualan murah di pasar tani dapat memberi peluang pengguna memilih pelbagai hasil kampung yang segar dan berkualiti.

''Pengguna mempunyai alternatif membeli hasil ternakan seperti ayam kampung kacukan dan ikan air tawar yang murah berbanding di tempat lain," jelasnya.

Ismail yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut berkata, kempen berkenaan mendidik pengguna bijak berfikir ketika berbelanja.

Sehubungan itu, tambahnya, program tersebut perlu seiring dengan kempen galakan membeli hasil kampung seperti ayam kampung kacukan dan ikan air tawar untuk mengembangkan potensi industri ternakan berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia 13/04/2009

Saturday, April 11, 2009

gambar ladang di suatu pagi...

just nak tunjuk pemandangan ladang pada waktu pagi.
....



ada tak mcm pda ketinggian 2500 kaki drp aras laut? :)

matahari dah naik... kabus masih lagi tebal...

amir bergaya di waktu pagi....


ni lah anak pokok tebu yg berumur 3 minggu

Monday, April 6, 2009

TAZKIRAH APRIL

Tazkirah 01

Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,

“Tanda orang munafik ada tiga: bila berbicara, ia berdusta; bila berjanji ia mengingkari, dan bila diberi kepercayaan (amanah), ia berkhianat.” Muttafaqun ‘alaih.




Tazkirah 02


Zikir Harian

Jumaat
يا الله
-Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.

Sabtu
لااله الا الله
-Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
-Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
-Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
-Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
-Dihapuskan 1000 dosa.


Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
-Tumbuh tanaman syurga baginya.

5 April 2009



lagi 3 hari genaplah 1 bulan kami memulakan projek tanaman tebu nih... alhamdulillah dah mula nampak perkembangan. Hari nih 5 org dapat pegi ke ladang, mcm biasalah Zamri, Zafran, Ady, Amir dan Mustafa...

Planning awal masa meeting hari khamis lepas kat rumah Bro zainal byk lah yg nak di siapkan sebab banyak lagi benda yg pending, mcm pondok, meracun, menyiram, pagar, menebas rumput (kwsan tebu dan juga kawasan untuk projek ayam) dan ukur kawasan untk projek ayam.

Memandangkan kekurangan manpower pada hari nih terpaksalah reshedule balik planning, so zamri - meracun, amir - mesin rumput, ady,zafran & mustafa - membina pondok.

so kami fokuskan untk kerja2 nih dulu sebab agak dah terlewat drp jadual yg sebenar, maklumlah datang hujung minggu jer.

untuk kerja2 pondok bro zafran yg lead... so aku ngan mustafa follow jerlah. mula2 kami tanggalkan kayu ( kayu tu dtg mcm pallet, biasaklah kayu free) dah cukup kyu mula lah sambung kerja2 bina pondok... pandang punya pandang pondok punya position agak dekat ngan pokok nanti nak buat bumbung tak lepas, so terpaksalah kami angkat pondok dan ubah position dia... mak aii dah lah berat, tanah pun tak level...penat2. Structure pondok pun dah siap jam dlm pkl 10.30 mcm tu lah.

Amir plak dok mesin rumput dari tadi, dgn hari yg panas giler aku memang respect lah ngan mamat nih... dlm jam 10.30 dia pun dah flet habis dah..byk jugak lah kawasan yg dia dah mesin.. aku plak pi ganti dia lepas tuh

Zamri plak dari awal pagi tadi kerja dia dok meracun jer... mamat nih pun semakin power nih, bayangkanlah tanggung air kat belakang dah 16 liter, dah tu setiap kali nak tambah air dia kena berjalan ke tangki air yg jaraknya +/- 500 kaki, so pegi balik dah jadi 1000 kaki...aku rasa dlm 10 kali ada gak lah dia pegi tambah air.... 10,000 kaki jarak dia tuh, kalau convert ke metric dlm 3KM ada tuh... power lah tu bro...jalan kalau mcm jalan tar tak pe lah... jalan tenah mcm lepas pelau tuh... oooo penat woo...

Itulah nak buat pertanian nih bukan senang mcm yg disangka, atuk nenek kita dulu memang manusia yg hebat, tambah pula dulu mana ada jentera tani mcm sekarang nih... aku pun semenjak berjinak jadi petani nih kalau beli sayur nak minta kurang pun tak sampai hati......

ialah nak berjaya mesti ada pengorbanan, apapun gua ucapkan syabas buat mereka yg telah memberikan komitmen yg tinggi untuk merealisasikan projek tebu Nusarhu Agrotek nih..

aku nak petik kata-kata nih untuk halua otak bersama:

All successful people men and women are big dreamers. They imagine what
their future could be, ideal in every respect, and then they work every day
toward their distant vision, that goal or purpose.
- Brian Tracy


4 April 2009

Hari nih hari sabtu....bukan hari wajib ke ladang bagi NRA member, tapi atas inisiatif sendiri Amir ngan Bro Zainal pi gak, diaorg buat kerja2 membaja ngn mesin rumput, gua memang respect lah ngan bro zainal nih... umur kira otai lah kalau nak compare ngan org lain.. tapi semangat perjuangan dia memang sangat tinggi... walaupun kekadang gua nampak dia mcm dah letih sgt.. tapi dia mesti cuba buat gak.... gua salute lu bro!... mamat crew@amir ( dia nie pramugara mas) ni pon kira dlm golongan performance paling top lah, memang urat dawai tulang besi betul... anyway keep up your great effort....

so hari nih tamatlah kerja2 membaja...semua pokok dah dapat baja...rumput pun diaorg mesin gak hari nih...

(gambar: Bro zainal - topi merah, Crew - Baju Kelabu kat belakang tuh)

RENUNGAN BERSAMA

Ambillah masa untuk berfikir kerana berfikir itu asas keluasan Ambillah masa untuk membaca kerana membaca asas kebijaksanaan Ambillah masa untuk berkerja kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha Ambillah masa untuk sembahyang kerana sembahyang itu asas ketaatan Ambillah masa untuk bermain kerana bermain itu asas kecergasan Ambillah masa untuk bersedekah kerana masa terlalu singkat untuk diri sendiri Ambillah masa untuk tertawa kerana tertawa itu penawar jiwa Ambilah masa untuk sahabat kerana sahabat itu jalan kebahagian Ambillah masa untuk berkasih sayang kerana kasih sayang itu kurnian Allah

Thursday, April 2, 2009

1 APRIL 2009

dah cukup sebulan tebu kat plot A ditanam, so hari ni kitaorg mula membaja... cuba dapatkan baja NPK 15+15+15 tapi tak dak stok... so beli jer baja lain NPK 16+16+16.. lebih kurang sama jer cuma lebih 1 jer.... bawak stok baja sikit sangat... sekejap jer dah habis, so hari nih dapat siapkan hampir separuh kawasan tanaman tebu... plot A dan separuh plot B

Wednesday, April 1, 2009

Update : 28 & 29 March 2009


28/03/2009 Sabtu

Hari nih ramai yg kerja.. so tak semua bleh datang.. yg datang cuma ady, zafran, zamri, Abg Zainal, amir & mustafa... emm hari nih bergerak dari Nusarhu... cam biasa 0615hrs.... zamri dah semakin meningkat performance dia... aku baru buka pintu dia dah sampai kat dpn rumah... power! power!
Matlamat utama hari nih nak dapatkan tiang untuk pagar, coz penghulu dah inform kitaorg babi dah masuk kawasan... sampai jer memang terus tgk lah... confirm dah 2 longkang kena belasah ngan babi (gambar atas kanan) ... so terus kitaorg cari kayu untuk buat pagar....

dari pagi sampai tghari concentrate cari kayu/buluh jer untuk buat tiang pagar... lepas rehat tghari terus angkat kayu2 pagar yg dah dipotong mengikut panjang yg sesuai naik ke atas ( belakang)... mak ai!! rasa nak pitam angkat kayu nih... dah lah kayu basah... besar plak tuh.... rasanya mcm nak sambung esok jer... tapi sebab Chief hari nih Stone cold.... sapa berani lawan... hantu pun dia kejar, ni kan pula orang..hehehe ....dia kata jgn berenti jgn berenti lah...

Lepas dah abis angkat semua kayu ke atas, kitaorg mula menggali lubang untuk masukkan tiang pagar.....alhamdulillah dlm pkl 1800hrs kesemua +/- 35 tiang dah pacak masuk lubang... emm selesailah tugas hari nih...

ni lah rupanya anak tebu yg dah keluar.... cantikk

tgh tebang pokok nak buat pagar..



29/03/09 Ahad

Hari nih hari ahad...yg hadir hari nih Bro Razib, Bro Anuar, ady, Amir, Husni, Khatab dan cikgu... Piee tak dapat hadir pasal dia ada game kickboxing semalam ( dia nih main tomoi, kalau bab2 angkat mengangkat barang berat memang kitaorg serah kat dia lah) kat Gemas.. menang ker kalah bro?

Memandangkan team semalam dah siapkan tugas pasang tiang, team hari nih akan mula tarik dawai kawat ( barb wire) keliling ladang...

aku, Bro anuar & amir buat tugas tarik dawai dan pasang kat tiang

Bro Razib ngan Husni tebang buluh untuk pasang kat pagar, sebab barb wire tuh kitaorg buat 2 step jer... nak jimatkan kos... so yg lain guna buluh lah

Cikgu pulak sibuk mesin rumput

Khatab pagi2 lagi dah kuar pegi sungai buluh, Kuala Selangor sebab nak beli netting hitam 70% dan baja NPK 15+15+15 ...

Cuaca hari nih pun agak panas gak cuma petang dlm pkl 0630hrs dah redupo... bleh laju sikit buat keja. Alhamdulillah selepas seharian bertungkus lumus... pagar dapat disiapkan...harap2 babi tuh tak leh lah nak masuk lagi.

Dlm pkl 1700 Hrs dah stop kerja semua ...kemas brg... terus mandi kat area rumah abg dolah..khatab ngan cikgu tak join sebab diaorg nak balik awal....

On d way balik singgah mengeteh dulu lah... cam biasa... tapi hari nih tempat baru...kat Taman seri Nanding... biasanya kat warung Kpg padang... tapi pasal ramai sgt org .. full house.. kitaorg gerak ler ke Tmn seri nanding... parking jer terus nampak sign board...Johan Laksa dan Sup Utara... peh memang meleleh air liur.... laksa dah habis kata waiter tuh yg cute and sweet... aduh.. baru rasa nak pekena laksa... tak perlah... tukar bihun sup utara... org cakap power gak... peh memang betul best... so sesaper yg lalu nak ke langat singgah lah kat gerai nih...

so hingga bertemu lagi di next posting...