SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Monday, November 9, 2009

Tebu 8 bulan

Ni lah gambar2 update terbaru ladang tebu pansoon, Ulu Langat... banyak dah yg berubah.. tebu pun dah tinggi2 ada jugak yg sampai hampir 9 kaki... yg tak cukup sekaki pun ada gak... bagaimana pun inilah proses pembelajaran...well enjoy the photo

ady bersama uzair ( wak yg jaga kebun) - tu lah tinggi nya tebu nragrotek

deretean pokok tebu yg telahpun diikat






pandangan dari bawah


Ni tebu2 yg kena ribut - dah bengkang bengkok


kat tengah2 ladang tebu

Tuesday, October 27, 2009

KISAH LAGU, TEBU DAN PESAN ALLAH

Kelakar pun ada bila bukak jer blog nih terus dengar jer lagu lama2 dialek perak... banyak makna nya tuh... lagu tuh bukan sekadar hiburan.. halua telinga tapi sebagai panduan dan peringatan juga kepada semua.

Berbalik kepada cerita tebu... alhamduliallah dah sampai masanya untuk menjual hasil, pesanan pun dah dapat, pegawai FAMA pun dah contact utk mulakan urusan penuaian, namun hasil tuaian tak sebagaimana yg diharapkan kerana banyak yg tumbang.

Harga tebu pasaran bergantung kepada 3 faktor utama iaitu:
  1. Jenis tebu
  2. Panjang Tebu
  3. Lurus/Bengkok tebu
Jenis tebu telur merupakan spesis tebu yg paling mahal dalam pasaran dan permintaan yg tinggi

Untuk mendapatkan grade A, panjang tebu mestilah sekurang-kurangnya 7 kaki dan pokok tebu hendaklah lurus, sekiranya bengkok tebu itu akan turun ke grade B

Emm nampaknya kuranglah sikit pulangan untuk hasil yg pertama sebab dah banyak yg bengkok2 dan banyak juga yg tak sampai 7 kaki tinggi.

begitulah lumrah kehidupan kita hanya mampu merancang hanya Allah jua yg menentukan

Bila teringat kenyataan nie teringat plak saya nak selitkan satu ayat dari Allah buat teman2 penawar hati:

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23


SALAM KEMBALI

Maaflah kepada pengunjung sebab dah lama tak update blog nie.. ramai jugak yg menghantar email minta diupdatekan... ramadhan pun dah habis, syawal pun dah habis, deepavali pun dah lepas... nie baru sempat nak update..

Bukanya apa, actually sebab dah lama tak ke ladang nie, semenjak ada pekerja yg sangat berdedikasi...kitaorg pun dah tak pegi2

k lah sekarang nie kira dah 7 bulan usia pokok tebu... dah banyak pun yg berubah.. rasa mcm baru jer berhempas pulas menanam benih tebu dulu.

Alhamdulillah hasil usaha penat lelah... tebu dah pun menampakkan ketinggianya.. dah melayut..tapi masa ramadhan hari tuh, selalu sangat ribut & angin kuat so banyaklah tebu yg tumbang.. yg dah bengkok2 mcm ular kena pukul pun ada..


ni lah rupanya tebu yg dah tumbang ditegakkan balik...dah bengkok2,

so tak dapatlah nak dijual tebu nie nanti dgn grade A, walau apapun nie lah proses yg perlu dilalui untuk jadi lebih pakar pada masa depan


kalau bab ambik gambar mamat nih memang muka dia ja lah yg jadi model...

Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI

dari Team Nusarhu Agrotek untuk semua yg mengenali kami serta ahli keluarga.....

Thursday, July 16, 2009

KURSUS PENYEDIAAN SELEPAS TUAIAN & 3P

Alhamdulillah... dah selesai dah kursus sehari bersama FAMA, JABATAN PERTANIAN & MARDI berkenaan Teknik Pengurusan Selepas Tuaian & 3P. Kursus ini telah dijalan di Institut Latihan KWSP, Bangi... peh mcm nak ke kebun plak hari ni 6.30am dah gerak dari nusarhu...

Banyak actually yg dapat dipelajari tentang cara2 menuai, handling, penyimpanan, pembungkusan, penggredan dan labelling. Nusarhu Agrotek sekali lagi bertuah kerana telah diberikan peluang menghadiri kursus yg sekiranya dianjurkan oleh pihak swasta akan melibatkan kos hampir RM1000.00 seorang.

Kursus yg dianjurkan oleh FAMA selangor ini memberikan pendedahan serta panduan kepada petani bagaimana untuk menuruskan hasil selepas tuaian serta teknik2 pembungkusan, penggredan dan melabel hasil untuk menjadikan hasil lebih kompetatif.

Kursus kali ini dibahagi kpd 3 sesi iaitu sesi pertama disampaikan oleh Pegawai drp mardi Dr Nik Masdek yg merupakan pakar tentang penyakit serta teknik pengurusan hasil selepas tuaian. Beliau telah menyampaikan tentang jenis2 racun dan penggunaan, cara 2 pengurusan hasil selepas tuaian yg melibatkan penyimpanan, ketahanan drp penyakit serta teknik2 mengurangkan risiko hasil rosak.

Sesi ke 2 disambung oleh En Saudi, pegawai FAMA yg pakar dlm bidang Penggredan Hasil Tanaman. Peserta telah didedahkan tentang teknik menggred hasil dan bagaimanakah keuntungan dapat dimaksimakan selepas hasil digredkan. Kurang pengetahuan oleh petani tentang kelebihan mengred menyebabkan pendapatan petani tidak dapat bertambah dan hasi, juga tidak dapat ditambah nilai.

Sesi ke 3 disampaikan oleh En Zulkifli, Timbalan Pengarah Fama negeri Selangor.. beliau telah menyentuh tentang 3P iaitu penggredan, pembungkusan dan Pelabelan yg telah pun termaktub dalam PERATURAN 3P - akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (disemak) 2004 (akta 141) . Pendedahan kepada 3P ini akan menjadikan hasil keluaran petani lebih diiktiraf serta berpeluang untuk menembusi pasaran Antarabangsa.

Kursus ini telah pun memberikan banyak ilmu kepada kami semoga agensi berkaitan akan dapat terus memberikan peluang kepada petani untuk terus menambah ilmu dan mencapai sasaran Petani Moden - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

(gambar akan diupdatekan nanti.. insyallah)

Saturday, July 4, 2009

KERJA2 PENYEDIAAN TANAH BERMULA

kerja2 clearing tanah pun dah siap, so mulalah kerja2 penyediaan tanah yang akan merangkumi beberapa bahagian:

  1. Meracun Pra cambah - supaya rumput serta benih mati, jadi nanti tak lah teruk nak maintain rumput
  2. Mengukur kawasan untuk lining dan melubang
  3. Melubang - lubang dengan jarak 10' X 10' akan dibuat dengan kelebaran 1' X 1' dan kedalaman 0.5'
  4. Baja dan racun - selesai aja melubang, baja tahi ayam dan Furadan 3 G akan dimasukkan untuk memastikan kualiti pokok nanti
  5. Memagar - Proses memasang pagar ni yg lama sikit nih, pagar memang lah kena buat sebab babi banyak kat kawasan nih
  6. Penyediaan air - Piping baru akan dibuat untuk memastikan bekalan air yg cukup buat anak pisang nanti, menurut yg mahir tanam pisang nih actually air memang sangat diperlukan.. untuk 3 bulan pertama
so kat bawah nih ada beberapa shot untuk weekend nih... kerja2 penyediaan tanah

ady tgh mengukur kawasan untuk lining lubang

ady tengah masukkan racun pra cambah dalam tong poly

zamri tengah bancuh racun...

pam untuk sembur racun plak rosak... mesyuarat dulu nak buat camna... keputusanya terpaksalah berkorban guna pam air bersih....

ni lah tengah test pam... piee nih kalau bab enjin memang serah kat dia lah....

Friday, July 3, 2009

TAWARAN JUALAN SEMPENA SYAWAL

PIHAK SYARIKAT DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN AKAN MENAWARKAN PELBAGAI JENIS KEREPEK KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJUAL DI BULAN RAMADHAN NANTI... SILA BUAT TEMPAHAN AWAL SEBELUM KEHABISAN STOK

(SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT)

Saturday, June 27, 2009

KERJA2 TANAH FASA 2 BERMULA

Alhamdulillah...hari nih kerja2 penyediaan tanah untuk fasa 2 dah pun selesai .... kerja2 ni bermula dari hari rabu lepas... so kat bawah ni adalah rentetan peristiwa....


Ni lah gambar2 progres kerja2 penyediaan tanah kat fasa 2....enjoy!!

ni jentera yg digunakan .........


lokasi tanahnya... kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor

ni lah tapak fasa 2...... semak lagi





ni lah hasilnya!!! ..... alhamdulillah dah clear tanah nih....

Khatab pun sibuk nak cuba bawak.... nasib baik tokey dia sporting.... aku pun cuba gak..hehehe





ni lah hasilnya.... amacam sayup jer nampakkan.....

ada banyak lagi gambar kalau nak tengok (KLIK SINI)

Tuesday, June 23, 2009

PASARAN PISANG

Sebagaimana yg telah diceritakan pada posting yg lalu, Nusarhu agrotek akan memulakan projek Fasa 2 di Pangsoon dengan tanaman pisang. Memandangkan projek pisang ini pihak syarikat tidak mengikat sebarang perjanjian dengan FAMA maka terpaksalah kami mencari sendiri pasaran.

Hari ini Jabatan Pertanian telahpun arrange beberapa sesi perbincangan antara pengeluar Kerepek di selangor dengan pihak Nusarhu agrotek. Nusarhu agrotek yg diwakili khatab, ady & Bro zainal dah awal2 lagi sampai kat Jabatan Pertanian. 8.30am dah terpacak kat situ... semalam dah lah mengeteh ngan Raja mengeteh sampai pkl 1.30 pagi.... berat betul rasanya nak bukak mata pagi tadi.... 6.30am dah kena gerak dari rumah takut nanti jam plak .... maklumlah org nak tolong kita takkanlah kita nak biarkan dia pulak tunggu kita kan...


Alhamdulillah.... seperti dirancang kami terus bergerak ke sepang untuk pertemuan yg dirancangkan oleh Jabatan Pertanian. Memang banyaklah yg kami nih terhutang budi kat Jabatan Pertanian nih.... budget bagi, pasaran pun tolong cari...

Sampai kat sepang kami terus melawat kilang kerepek yg dah pun beroperasi hampir 10 tahun.. Pemiliknya Pn Noor, Pn Noor ni kira antara pengeluar yg sukses lah.. dia pun ada ladang sendiri... bincang punya bincang dia pun kira setujulah nak ambik pisang Nusarhu agrotek nanti, ...then dia kata kalau bleh tanam ubi kayu ngan ubi keledek vitato pun dia ambik semua gak... ish makin masuk dlm bidang nih makin byk pulak peluang nih... sebenarnya bekalan pisang tak cukup macamtu jugaklah dgn ubi kayu... berebut pengilang nak dapatkan bekalan tambahan bila nak menjelang Ramadhan...

Ada macam2 perasa yg dibuat dgn Pisang dan Ubi kayu... dari rasa original sampailah ke rasa BBQ, Black Pepper dll..

Tengahari kami dah sampai balik kat Jabatan pertanian, Pegawai Luar yg incharge Nusarhu agrotek pula maklumkan yg Mesin Jentolak akan masuk ke Ladang esok untuk mulakan kerja2 clearing tanah... emmm makin sibuk nih.... nampaknya semua dalam schedule nih... kayu untuk pagar pun dah sampai sabtu lepas... emm weekend depan sibuklah nampaknya... amacam geng ada cukup kelapangan ker nak buat pagar minggu depan?






macamnilah keadaanya, cara mengupas ubi kayu pakai peeler...memang laju giler makcik2 nih mengupas kulit ubi nih

Thursday, June 18, 2009

Surat Jaminan Pasaran Drp FAMA

Alhamdulillah, Nusarhu Agrotek dah pun menerima surat jaminan pasaran daripada FAMA, dah bleh start dah ni... emm kena tunggu majlis puak mesyuarat dululah.... bila nak start... start Pangsoon dulu lah rasanya... duit free lah katakan..

Wednesday, June 17, 2009

PROJEK FASA 2 KEMBALI KE PANSOON

Sebelum ni dah saya ceritakan tentang projek fasa 2 yg akan berpindah ke Dengkil... nampaknya terpaksa ditangguhkan, sebab Nusarhu Agrotek telah dimaklumkan semalam oleh Pejabat Pertanian yg NRagrotek telah dipilih untuk menerima Geran Pertanian bernilai RM80,000.00 untuk projek di Pansoon. Apa tuh Geran Pertanian? Dapat peruntukan free ler... tak payah bayar satu sen pun.... alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!

Alhamdulillah mungkin rezeki kot... itulah yg dikatakan berkat kesabaran dan usaha. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pertanian Hulu Langat atas nasihat dan bantuan yg diberikan.

Memandangkan budget geran pertanian ni dah pun diluluskan, maka Projek fasa 2 akan dimulakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keramat 16/06/09... lepaih nih geng Nragrotek kena pakai no plate keta 1669 lah... hehehe!

Selepas perbincangan dengan pegawai pertanian yg dihadiri oleh Zamri dan Ady, Nragrotek bersetuju untuk menjalankan projek Penanaman Pisang Nipah@Abu. Hasil pisang ini akan diambil oleh kilang Pengeluar kerepek di Banting. Terima Kasih sekali lagi buat Pejabat pertanian Hulu Langat yg membantu mendapatkan pasaran buat kami...


Sebut pasal pisang nih... banyak lah pulak yg nak kena belajar.. maklumlah tak dak pengalaman pasal penanaman pisang nih..

Projek clearance tanah akan dimulakan dlm masa 2 minggu lagi memandangkan jentera yg disewa masih membuat kerja di sungai Lui. Menurut apa yg dimaklumkan oleh taukeh Mesin tuh En Isa, selesai saja kerja dia kat Sg Lui dia akan terus masuk Ladang NusaRhu Agrotek.

Nampaknya krew2 NRagrotek kena bertungkus lumus baliklah untuk buat preparation pagar dan lubang untuk penanaman benih pisang. Amacam ada berani?

Bro Anuar pun akan sibuk untuk buat survey pagar Elektrik pasal pisang nih monyet suka... hehehe kena bertempur ngan monyet lah.... so bro cari solar power nyer okay..

Tanah seluas 3 ekar ini akan diperuntukkan dengan tanaman pisang dan mungkin akan disulam dengan Labu (pumpkin)..Bro zafran, sorrylah projek ayam kampung terpaksa lah kita tunda dulu...

Anyway harap doakanlah kejayaan projek ke 2 nih yer kawan2.....kalau ada sesiapa pembaca yg nak kongsi2 pendapat atau sebagainya harap bleh posting kat ruangan komen kat bawah...we are happy to help you..

Jutaan syabas buat all members Nusarhu Agrotek kerana bertahan mengharungi pelbagai dugaan selama ini sehingga kita berjaya dipilih untuk menerima geran Pertanian nih..Persetankan apayg org lain nak kata... dan yg paling pasti JANGAN BIARKAN ORG LAIN MENCURI IMPIAN ANDA!!

KEEP ON YOUR GREAT JOB BRO!!

ni lah gambar lokasi Fasa 2.... tgh semak samun lagi tuh..... emm camna lah rupanya lepas dah buat clearance nanti yer... just wait & see


emm tak payah dah lah bro anuar nak bakar semak kat fasa 2 lagi... kali nih kita masuk bulldozer aja..... lagipun bakar nanti jerebu... bro zainal pun tak dapat main apai lagilah...hehehe



lagi gambar Fasa 2

POKOK TEBU PADA USIA 3 BULAN

Penyakit batang merah... semburan kulat anti virus perlu dipertingkatkan....



Ni lah keadaan pokok yg terkena semburan racun rumpai



ish rugi nie ... si penyembur racun ni akan diambil tindakan tatatertib



Ni lah ketinggian pokok tebu setelah berumur 3 bulan 7 hari - lokasi plot B


kelihatan pokok tebu mula menampakkan batangnya

Wednesday, June 3, 2009

UPDATE : GAMBAR TERBARU LADANG TEBU PANGSOON

Ni gambar pokok tebu yg diambil weekend lepas oleh Zamri:

ni lah anak tebu yg dah mencecah umur 3 bulan... emm dah segar bugar nih... hasil penyelidikan baja sendiri... 100% organik


ni rupanya pokok tebu dari jauh... amacam semangat tak?


haa ni lah tingginya pokok tebu kalau diukur oleh org paling tinggi NR agrotek... kalau diukur oleh org paling rendah camna? Lu pikir lah sendiri..


shot dekat nih... anak tebu dah remaja.. alhamdulillah


muka2 penat ..... tapi ada yg senyum lagi tuh.... semangat betui...bukan senang nak jadi petani nih... cakap bleh buat belum tentu beb!!


Ni antara anak tebu yg sakit... terkena racun rumpai agaknya...

Saturday, May 30, 2009

TAZKIRAH: Apabila Hasad Mengambil Tempat, Kebaikan Akan Terpinggir




Hikayat kisah-kisah melayu lama banyak memuatkan tabiat melayu yang amat cenderung untuk hasad dengki antara satu sama lain. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran kisah-kisah tersebut. Namun yang pasti samada kisah itu benar atau bohong, atau separuh bohong, unsur hasad dengki mempengaruhi masyarakat melayu sehingga kisah-kisah yang berunsur sedemikian terbentuk dan diwarisi.

Mungkin ianya kisah yang ada asalnya, atau igauan perekanya yang selalu terbayang unsur-unsur hasad dengki yang sering mengambil peranan dalam masyarakatnya. Lihat sahaja Hikayat Hang Tuah, Hang Nadim dan berbagai kisah-kisah yang lain. Kisah-kisah itu menggambarkan betapa hasad dengki telah mengambil tempat utama dalam kemuncak kisah dan pemikiran ingin mengambil manfaat dari kebolehan individu lain dipinggirkan. Mungkin ada masyarakat lain juga yang demikian, kerana hasad dengki adalah ‘penyakit antarabangsa’.

Dari segi realitinya –walaupun tidak semua- orang kita selalu hasad apabila melihat sesama kita maju ke hadapan. Padahal itu bukan sifat yang baik bagi satu bangsa yang sedang bersaing membangunkan kaum mereka. Dahulu jika ada orang melayu yang berkebun di kampung akan ada yang menyindir: “nanti habislah sayur cina tidak laku”. Jika ada yang cuba berniaga akan ada yang memerli: “nanti tutuplah kedai cina, aku nak tengok berapa hari boleh bertahan”.

Pada zaman ini pula, jika mereka melihat ‘orang lain kaya raya, mereka tidak pernah atau jarang mempertikaikan “daripada taukeh itu dapat duit, atau boleh kaya?”. Namun jika ada sebangsa dengan mereka yang kaya, terus sahaja ada pemikiran negatif bermain di kepala sebahagian kita. Sangkaan jahat dek hasad pun akan muncul, lalu mereka akan berkata: barangkali ada ‘orang atas’ yang tolong dia, atau barangkali rasuah, atau kroni atau barangkali itu dan ini.

Nilai-nilai negatif itulah yang menguasai pemikiran ramai tanpa terlebih dahulu dimulakan dengan sangkaan baik dan mendoakan agar sesama kita mendapat rezeki yang halal. Perangai ini sebenarnya bermula dari sikap bangsa melayu itu yang ramai tidak ada keyakinan kepada diri sendiri untuk bermampuan seperti ‘orang lain’, juga berhasad dengki jika melihat di kalangan bangsanya ada yang lebih kehadapan.

Barangkali ramai yang ‘begitu melayu’ akan sensitif dengan apa yang saya sebut ini. Namun tokoh melayu yang agung Zaaba telah pun menyebut hal yang sama sejak lama dahulu. Dalam bukunya ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’ yang diharamkan oleh golongan agama konservetif pada zamannya, Zaaba menyebut : “Demikian pula jika hendak berniaga, orang kita tiada bermodal dan tiada upaya mencari modal walau modal kecil-kecil pun dengan ikhtiar sendiri; dan sentiasa mereka mengaku tiada upaya itu!

Sebaliknya jika ada modal pula, mereka tiada upaya menjalankan perniagaan itu dengan jalan-jalan yang betul dan cara yang teratur, serta dengan amanah dan jimat cermat, sehingga mencapai kejayaan dan dipercaya orang. Padahal bangsa-bangsa lain yang datang sebagai ’singkek’ mula-mulanya ke negeri ini dengan tiada mempunyai sebarang harta dan wang belanja –hanya ada tulang empat kerat dan akal ikhtiar serta kepercayaan akan kebolehan dirinya- dapat mereka berikhtiar mencari wang.

Bahkan dilihat mereka negeri ini sememangnya negeri yang kaya raya, dan semua perkara boleh jadi wang, sehingga sampah di tepi jalan itupun boleh jadi wang belaka; sebab itulah mereka berkumpul ramai ke sini. Kemudian setelah dapat wang maka dengan berjimat-cermat dan berdikit-dikit dikumpulkan mereka lalu mereka membuka kedai kecil-kecil –barangkali di kampung-kampung, di kebun-kebun getah atau di hulu-hulu.

Tetapi kerap kali yang kecil itu akhirnya menjadi besar dan maju lalu mereka berpindah berkedai di bandar-bandar pula. Kesudahannya sehingga penuh segala bandar negeri-negeri Melayu ini oleh kedai dan tempat perniagaan mereka sahaja; dan segala pasar pun kecil besar pada kebanyakan tempat, mereka jugalah yang memegang dan memenuhinya!

Sekalian itu ialah terutamanya oleh sebab mereka kuat berpegang kepada kebolehan sendiri. Begitulah sedikit daripada contoh yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan kita daripada mereka itu dengan sebab mereka ada perangai percaya kepada kebolehan diri sendiri dan kuat bergantung kepada ikhtiar diri sendiri, dan kita tidak.

Ya, berkecualian daripada keadaan yang telah diceritakan itu tentulah ada dan boleh terdapat di sana sini. Tetapi berapa orang? Barangkali tidak ada satu dalam seribu atau sepuluh ribu. Yang terlebih banyaknya ialah seperti yang diceritakan itu juga…maka selagi tidak kita ubah sakalian ini, diganti dengan perasaan dan pemandangan hidup yang lebih baik, tidaklah akan diubah Tuhan hal kita, melainkan akan terbenam juga di dalam kubang kita yang ada ini selagi kita kekalkan sifat-sifat kelemahan yang ada pada diri kita sekarang”. (Zaaba, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, DBP, 17-18).

Barangkali sebahagian orang melayu sudah pun mengalami proses minda dan persepsi. Namun di kebanyakan kampung, apa yang disebut Zaaba masih kelihatan segar. Salah satu sebab yang menghilangkan keyakinan masyarakat melayu adalah banyak tersebar bicara dan ucapan manusia yang hasad sesama sendiri yang selalu meluahkan perkataan buruk apabila melihat orang lain lebih baik atau memiliki keistimewaan. Ramai yang suka mempertikai kelebihan orang lain untuk dijatuhkan daripada membincang kesusahan sesama sendiri orang untuk dibantu.

Maka apabila ada seseorang yang memiliki kelebihan atau kebaikan segala pergerakannya akan diperhatikan. Bukan untuk dicontohi, tapi untuk dikeji. Pantang ada salah dan silap dia akan dihentam. Namun jika ada seseorang yang melarat dalam kesusahan, tidaklah pula mereka sibuk berbincang bagaimana hendak membantu. Itulah hasad yang mencukur pegangan agama seseorang.

Maka hasad adalah musuh utama sesuatu masyarakat. Lebih buruk dari segala jenis penyakit. Hasad ini berasal dari bahasa ‘arab, kita sebut dalam bahasa kita sebagai dengki atau kita gabungkan arab dan melayu menjadi hasad dengki. Hasad secara mudahnya bermaksud perasaan inginkan agar nikmat atau kelebihan atau kebolehan atau keistimewaan yang ada pada insan lain terhapus.

Maka seseorang yang hasad selalu gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh pihak yang dihasadnya. Jika perasaan itu dilayan, maka maka si pendengki ini akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai. Maka lahirlah angkara-angkara buruk terhadap individu yang dihasadnya, tanpa dosa dan kesalahan melainkan kerana memiliki kelebihan.

Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad akan dipenuhi berita utamanya; jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah, tuduh-menuduh, maki-memaki, kata mengata dan segala macam perkara yang mendengarnya sudah memenatkan jiwa apatahlah lagi mengalaminya. Lihat dalam dunia politik melayu, tidak habis-habis dari perkara yang seperti itu. Padahal mereka semua mengaku muslim dan orang Islam itu bersaudara.

Dalam dunia golongan agama juga bukan sedikit perkara yang seperti itu. Bahkan dalam dunia akademik universiti juga kadang-kala hasad berjaya mendapat tempat sehingga merobohkan nilaian ilmiah. Dalam dunia pekerjaan dan perniagaan juga demikian. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama” (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang sahih, juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi).

Dalam dunia politik, ada kelompok manusia yang sanggup mewakafkan diri untuk berfikir bagaimana untuk menjatuhkan orang lain. Habis satu pilihanraya kepada pilihanraya yang akan datang. Habis satu pemilihan kepada satu pemilihan. Kerjanya tidak habis-habis. Tanpa batasan dosa dan pahala.

Demikian dalam perniagaan, kekeluargaan, pendidikan dan berbagai lagi. Si pendengki kadang kala tidak pernah kenal letih dalam usaha menghilangkan kebahagiaan orang yang didengkinya. Seakan mereka membantahkan kurniaan atau nikmat Allah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Allah mengingatkan kita dengan firmannya: (maksudnya) apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka? (Surah Ali ‘Imran: 54)

Bagi si pendengki atau kaki hasad ini, berita gembira untuknya bukan ajaran al-Quran atau sunnah, tapi kisah keburukan lawannya. Jika ada isu buruk orang dihasadnya, ceria dan tersenyum wajahnya. Jika ada kebaikan orang yang dihasadnya pula maka bermasam mukalah dia. Amat berbeza watak seperti ini dari ajaran Allah dan RasulNya yang menyuruh kita bergembira dengan berita baik dan berdukacita dengan berita jahat yang menimpa saudara muslim.

Mereka ini bagaikan lalat bangkai; yang busuk dicari, jika jatuh ke dalam minyak wangi ia mati. Padahal Allah memerintahkan kita semua; tanpa mengira orang politik atau selainnya: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).

Penafsir terkenal, Sayyid Qutb menyentuh ayat ini dengan begitu mendekati kehidupan muslimin di zaman kini, beliau menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi –atas apa alasan sekali pun- untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. Hukumlah manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain.

Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan menyintip) menempatkan dirinya dalam sistem perlaksanaan dalam masyarakat islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”.(rujukan: Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al-Syuruq). Namun atas ketamakan dan hasad dengki, ramai yang melarang pantang larang ini.

Dalam urusan agama pun bukan sedikit hasad dengki. Kadang-kala kita jumpa sesama yang berjubah atau berlebel agama pun hasad menghasad tanpa alasan yang benar. Ditolak pendapat yang benar dan dalil yang sahih kerana soal umur, daerah dan aliran. Lalu timbul hasad dengki diikuti mencerca dan menfitnah sesama yang memakai baju agama. Bukan kerana mempertahankan fakta dan kebenaran, tetapi dek perasaan dengki dan hasad.


Dalam sejarah Rasulullah s.a.w, golongan yang paling mengetahui tentang kebenaran baginda ialah golongan ahli Kitab. Namun merekalah yang paling kuat menentang baginda. Mereka menolaknya kerana hasad, sebab Nabi Muhammad bukan dari kelompok mereka. Lalu kedengkian itu menguasai jiwa mereka. Firman Allah: (maksudnya) “Banyak di kalangan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Baqarah: 109).

Bahkan hasad dengki boleh berlaku di kalangan kaum keluarga yang rapat, apa hendak dihairankan jika ianya berlaku di kalangan seagama. Sehingga kadang kala sanggup berpakat dengan musuh luar untuk menentang saudara seagama hanya disebabkan perbezaan parti atau kumpulan. Dalam sejarah Nabi Yusuf a.s. beliau dicampakkan ke dalam telaga oleh abang-abangnya sendiri, hanya kerana hasad dengki.

Al-Quran menyebut ucapan mereka: Ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.”(Ramai di antara mereka berkata):” bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik”. (Surah Yusuf: 8-9).

Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: Manusia ini terus berada dalam kebaikan selagi mereka tidak dengki-mendengki (Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh al-Albani). Sabdanya juga: “Tidak akan terhimpun dalam jiwa hamba Allah iman bersama dengan hasad” (Riwayat Ibn Hibban dihasankan oleh Al-Albani). Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad adalah masyarakat yang kotor di sisi Tuhan dan porak peranda dalam agenda kehidupan.




Tuesday, May 26, 2009

APA DAH JADI NGAN FASA 2??

emm itulah persoalan yg berlegar ... bila nak mulakan tanaman fasa 2... FAMA pun dok tanya dah... mungkin bukan rezeki kat pangsun kot rasanya.... NRagrotek mungkin akan hold dulu pembukaan fasa 2 di pangsun...bukan sebab masalah tapi sebab dapat tanah yg lebih luas dan lebih landai di Dengkil.... so lepas nih projek fasa 2 akan berpindah ke Dengkil..insyallah sedikit masa lagi..

Fasa 2 di Dengkil ini mungkin akan lebih besar dianggarkan 15 ekar, lampu hijau drp FAMA pun dah dapat. Pemilihan Dengkil dibuat berdasarkan kepada kadar pajakan tanah yg lebih murah dan kos operasi juga lebih murah serta kemudahan untuk mendapatkan manpower.

Urusan negotiation tanah dah pun berjalan, syarikat sedang mengusahakan proses ujian tanah dan kesesuaian. Terima kasih kepada member2 Nragrotek yg bersusah payah mendapatkan tanah kerajaan ni. Penanaman dijangka akan bermula dlm bulan julai sekiranya tak ada masalah. Penanaman akan dibuat secara berperingkat dan akan melibatkan kos hampir RM100,000.00

Diharapkan projek ini akan berjaya dan insyallah akan lebih terurus mamandangkan dah ada pengalaman kat Pansun. Anyway syabas all members NRagrotek... semoga impian menjadi kenyataan.

Wednesday, May 20, 2009

GAMBAR SEKITAR LAWATAN KE PUSAT EKSPORT TEBU

Khatab kat depan pintu masuk Kompleks Pengumpulan Tebu Fama, Semerah

khatab bergambar bersama pegawai fama HQ dan owner Purecane

Amir tgh cuba camna nak guna peeler kulit tebu

peh... ni lah gred Premium... tinggiiii.... Panjanggg...


Tebu yg dah masuk dlm standard packing untuk di eksport


gambar sekitar proses production

Ni QC baru ker aper?