SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Sunday, March 22, 2009

2nd Week

Pada 19hb baru2 ni.. ladang nusarhu agrotek nih mendapat lawatan drp pegawai pertanian kawasan Langat. Pagi dlm pkl 10, beliau dah sampai...memandangkan hari tuh hari kerja tak ramailah yg bleh tunggu pegawai pertanian nih kat ladang.. cuma zamri ngan khatab jer..

Byk gak lah tunjuk ajar yg diberikan oleh pegawai pertanian tuh.. cuma yg sedihnya bila tanya takder ker apa2 bantuan yg nusarhu agrotek bleh dapat? jawapanya... hehehe budget untuk 2009 dah habis... kalau nak kena tunggu 2010...emmm nak buat camna kan.. takder rezeki lah tuh..kena pakai budget sendirilah....

antara peringatan penting yg diberikan oleh pegawai pertanian tuh... rumput dah boleh mula meracun sebab nanti bila dah panjang sangat susah nak mantain rumput tuh...dan yg lagi satu baja N15 P15 K15 pun dah boleh mula letak dah kat tebu tuh.... emm kat mana nak cari baja yg murah sikit nih... insyallah tugasan ini akan diselesaikan pada minggu hadapan..

21 Mac 2009 - Alhamdulillah.... dah genap 2 minggu semenjak kami memulakan projek penanaman tebu nih... byk jugak yg dah siap...tebu kira dah habis tanam, semua dah dimasukkan ke dalam longkang...cuma ada lebihan tebu yg dah tak muat nak masuk longkang.... kitaorg campak-campak jer kat tepi2 semak tuh... tgk camna bleh tumbuh tak...

macamnapun byk jugak lagi kerja2 yg kena buat mcm:

  • pasang pagar kawasan belakang sebab dah ada tanda2 babi masuk
  • mesin rumput supaya senang proses nak meracun ( bagi kawasan yg semak tinggi sgt)
  • meracun rumpai
  • membaja
  • siapkan pondok yg baru 50% siap
insyallh akan cuba disiapkan pd weekend depan.. itupun kalau manpower semua cukuplah...byk gak lagi nak buat tuh....

Hari nih tak ramai yg dapat pegi ladang... biasalah cuti sekolah... mestilah nak bawak anak2 jln, balik kmpung dsb.... cuma yg dapat pegi hari ni geng2 yg dah bercuti minggu lepas lah.. heheh aku pun dah blk kmpg minggu lepas, husni pun dah blk kuantan last weekend... abg nuar biasalah.. org takder kmpung...abg razib aku tak tau plak...mgkin dia simpan nak cuti panjang tuh.. pasal baru2 nih pegi buat passport satu family...zafran, katanya esok nak bwk anak2 jln...

so kira pagi tadi dari nusarhu kitaorg bertolak 5 org jer... aku , zafran, bro razib & bro anuar. Cikgu bertolak drp rumah org tua dia kat subang. Kali nih memang excellent sikit lah... 0615 zafran, abg nuar dah siap warm up enjin keta dah...aku sampai jer kat umah zamri.. hehe zafran dah ada.. kejap lps tuh bro razib pun dah kuar rumah...(rumah diaorg nih sebelah2 jer).. emm 0630 kitaorg dah gerak kluar dah.... power lah.. selepas kajian yg aku buat kalau nak bertolak awal pagi ke ladang make sure mamat Z ngan mamat K tuh tak der sekali... kalau tak memang pkl 8 lah baru bertolak... :)

sarapan biasaklah mestilah kat batu 14 tuh... nasi lemak power... tapi kali nih makan cepat nyer.. semua pantas2... baca paper diharamkan... hehehe

pagi - siapkan semua benih2 tebu yg masih tak masuk dlm longkang... terpaksa double kan benih dlm longkang sebab benih lebih banyak..penat betul hari nih sebab cuaca panas sgt.. pkl 0930 dah rasa panas nya... buat jgk nak buat camnakan ... org tanam tebu kita pun nak tanam tebu...

lps siap tanam tebu, terus buat pangkin bawah pokok cempedak kat tepi pagar tuh.. sebab situ redup dia lama sampai petang... buat simple nyer jer... tapi best.. oppss lupa plak nak citer dlm pkl 1000hrs camtu husni ngan khatab plak sampai...khatab nih drp genting hinghland bawak family jalan... jumaat pegi... overnite kat sana... awal pagi sabtu dlm pkl 0600 dah gerak balik ke shah alam...lps tuh pegi Sungai buloh beli Racun, sebab stok dah abis lps tuh terus shoot ke ladang ngan husni.... peh respek den camni... semanagat dan komitmen yg sangat tinggi.... syabas2.. itu kira isyarat dah nak masuk gear 2 ker?? kira maid dia kena kejut bangun pagi tak sempat mandi.. terus masuk keta balik shah alam...hehehe... teruskan semangat tuh yer...

dlm pkl 1300hrs kitaorg dah mula buat keja2 membina pondok... pening gak nak buat pondok nih... biasaklah semua bukan ada experience buat pondok nih..main pondok2 aderlah...

dlm pkl 1530 husni dah mulakan kerja meracun rumput.. khatab plak mula letakkan serbuk sulfer kat kawasan sekeliling...

dlm pkl 1600 piee tomoi sampai...kitaorg memang dah reserve kan kerja letak menabur furadan & baja penggalak akar kat dia...tak byk pun dlm 1 plot setengah jer lagi, separuh plot B ngan plot C... dan ciput sgt kat plot D...

1730 kitaorg semua dah stop kerja... kemas2 brg... bro razib ngan nuar terus balik sebab diaorg tak bwk baju salin...yg lain biasaklah ke sungai belakang dululah... mandi sambil nak angkat pam balik ... takut hilang plak letak lama2 kat situ...

masa kat sungai tuh .. tgk empangan yg dibina oleh amir (crew) dah habis musnah sebab air besar last week kat langat...mesin pam memang kena bwk balik sebab dah jadi sarang anai-anai...

No comments:

Post a Comment