SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Tuesday, March 10, 2009

KISAH HARI PERTAMA

Sebagaimana yg telah dirancangkan dan dibincangkan pada hari jumaat malam (6/3/09) semua akan berkumpul di hadapan rumah zamri 32j, jam 0700hrs pada pagi sabtu untuk bertolak ke ladang...

Sabtu 0700hrs...tak dapat bertolak seperti yg dirancang... sebab pagi tu.. ayam techno tak berkokok...terpaksalah tunggu sampai ayam techno tuh bangun....

0800hrs ada kelibat ayam techno....alhamdulillah dapatlah bertolak.... biasalah mengeteh dulu.. nak buat kerja keras mestilah soru dulu...singgah kedai mamak kat Bukit Jelutong.. sarapan...

0945hrs sampai kat ladang... alhamdulillah aku dah nampak jentera JCB tuh tengah buat kerja, mustapha pun ada kat situ, penghulu pun ada gak.... ikut planning suruh jcb tuh tolak tanah dulu lps tuh baru buat longkang utk tanam tebu. Tapi rasanya tak bleh sebab dia buat kerja slow sangat2.... so suruh dia terus jer proceed buat longkang....last2 sekali memang slow gila apek jcb tuh buat kerja... 3 longkang jer siap satu hari...rasa mcm nak tanam hidup2 jer apek jcb tuh... memang sajer jer nak extend job dia sampai esok... congak punya congak jumlah longkang nak buat dlm +/- 35 longkang... kalau satu hari dia bleh siapkan 3 longkang jer... mak aii!!! 10 hari baru bleh siapkan 35 longkang tuh...pening2... bajet larilah camni... satu hari RM380.. 10 hari penat oii... itulah dugaan hari pertama


nilah antara group awal yg bertolak dari Nusarhu (kiri ke kanan) husni, ady, Razib, amir, zainal & khatab ( cikgu yg ambik gambar)
Husni sedang melakukan pemeriksaan peralatan sebelum bertolak, biasalah ex Quater Master memang cam tu...

JCB yg disewa memulakan kerja-kerja tanah, JCB yg disewa dari sg tekali.
Nilah jcb yg menyusahkan kitaorg hari tuh.. kawasan yg kelihatan diratakan itu mengambil masa 1 jam ... pening-pening! apalah nak buat dah nasib badan...walaubagaimanapun kitaorg masih berharap apek nih dapat buat kerja lebih laju... dah 2/3 org sound dia suruh laju lagi...tak bleh paham gak apek nih... so kitaorg buat keputusan... tak payah ratakan tanah, terus jer buat longkang untuk letakkan benih



akhir sekali ni lah dia hasilnya yg apek tuh bleh dapat dari jam 0800hrs sampailah 1700hrs... sangat mengecewakan
antara aktiviti hari pertama:

Group yg bertanggungjawab untuk tebang buluh

ni lah dia gambar sungai yg lalu di belakang ladang kami.. cun giler


No comments:

Post a Comment