alhamdulillah hari pertama sudah pun berlalu.. hari kedua cabaranya lebih besar.
Masing2 telahpun diberikan tugas dan tanggungjawab masing2... so sampai jer di ladang aku dan amir terus jer bergerak ke sungai sambil bawak sama peralatan. untuk buat testing pam air bleh tak sampai hingga ke kawasan ladang, so tak perlulah mengubah pam dari sungai ke tangki dan sebaliknya bile diperlukan', zafran, abg zainal, abg razib & abg nuar masih lagi meneruskan kerja2 pagar.
Task 1
Sistem Pengairan.. Alhamdulillah setelah bertungkus lumus meredah semak dan hutan untuk dapatkan jalan pintas dari sungai ke ladang, akhirnya air berjaya dipam hingga ke ladang
Task 2
Pagar.. Diketuai oleh bro Zafran dan dibantu oleh otai2 bro zainal, bro razib, bro nuar dan zamri akhirnya pagar kawat dapat disiapkan 80%... kira cunlah tuh... cuma kawasan belakang jer yg belum siap lagi.
Task 3
Parit untuk tanam tebu... sehingga selesai waktu bertugas mesin JCB tuh kira 50% drp kawasan ladang telah disiapkan, kerja-kerja menanam tebu pun telah dimulakan dari jam 5 ptg... tapi pasal hari panas sangat.. 5 ptg pun cam pkl 2.30ptg... ramai yg flet....so semua setuju sambung esok plak....semua longkang di plot A siap di letakkan anak benih... esok akan sambung plot seterusnya serta kerja2 menyusun tebu, menabur baja dan racun
BERBUDI PADA TANAH
Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment