SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Thursday, March 5, 2009

TEBU - OUR FIRST PROJECT

(gambar kiri ke kanan
: Our Boss Bro Razib, Sifu Halim, Our Ladang Manager Mr Cikgu)

Lepas dah bincang punya bincang, meeting punya meeting dapatlah keputusan nak tanam Tebu. Memandangkan semua ahli dlm Ben12 tak dak ilmu pasal tebu, maka kenalah cari ilmu tebu, nak tanam camna, pembajaan camna, penyakit camna dsb....

Alhamdulillah Bro Razib ada contact member kat FAMA, orang kampung den katonya... lepas dah contact Bro Fama tuh, kitaorg pun dirujukkan pada pengusaha Tebu, En Halim, kira sifu kitaorg lah nih....

Bro Halim nih memang otai lah pasal tebu nih, 15 ekar dan yg paling ganas sekali calon Peladang Jaya ker apo ker.... cam tuh lah bunyinyo.... memang sempoi dan cool... relek jer....



ni lah antara gambarnya yg sompat den ambik, banyak lai gambar nyo... tapi tah aper ler hal nya blogspot nih susah bonar nak upload... gambar den tu bosar sangat raso nyo....nanti lah lain kali den upload laie....

Amacm tengok ladang encik halim nih.... sojuk yo mato memandang... hehehe... bunyi pilah lah plak..

Bila kitaorg tanya en Halim brp income bleh dapat.. katanya.. "den bukan nak cakap bosar... kalau setakat RM5k sobulan den tak pandang"... peh.... kena cergas nih...

So bg pihak Nusarhu Agrotek saya ucapkan bebanyak terima kasih lah kat En Halim juga FAMA yg tunjuk jalan untuk kitaorg celik pertanian nih.... pertanian satu perniagaan...

Jumpa lagi dlm coretan seterusnya... kerja2 penyedian tanah dan tanam benih tebu.... hari sabtu nih baru nak start nih.... doakan berjaya... insyallah

No comments:

Post a Comment