SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Monday, March 23, 2009

PERANCANGAN SETERUSNYA

Alhamdulillah... projek tanam tebu nih kira dah terlaksana... cuma lepas nih proses nak maintain ladang nih ajerlah... berdasarkan mesyuarat yg dibuat oleh majlis puak Nusarhu agrotek yg bertempat di rumah Zafran.. syarikat akan membuat pelaburan seterusnya di dalam bidang penternakan. Penternakan ayam kampung dirasakan sesuai berdasarkan kepada permintaan serta latarbelakang rakan kongsi yg tak dak pengalaman menternak nih... alhamdulillah usaha telahpun dibuat atas inisiatif zamri iaitu janji temu untuk dapatkan khidmat nasihat daripada pakar ayam kampung (lebih dikenali dgn nama Dr ayam) telah pun dibuat pada hari khamis 19/03/2009 bertempat di UPM.

Beliau telahpun memberikan pandangan serta nasihat yg bersesuaian untuk pihak Nusarhu agrotek (NRA) membuat keputusan dan tindakan. Ribuan terima kasih diucapkan buat Prof Dr Azhar. Pihak NRA juga akan menguruskan beberapa lawatan ke ladang ternakan ayam kampung yg telah dikenal pasti dlm masa terdekat.

Untuk merealisasikan matlamat menternak ayam kampung ini tanah seluas 2 ekar yg telahpun disewa di sebelah kawasan tanaman tebu akan dibuat clearing ( menebas serta meracun ) dalam masa terdekat ini.

Selepas kerja2 tanah dilakukan penanaman pokok untuk makanan ayam akan terus dibuat seperti pokok ubi kayu, ubi keledek, jagung dan betik. Konsep menanam pokok makanan ini bukan sahaja menjimatkan kos malah dapat memastikan bekalan makanan yg sihat dapat dibekalkan kepada ayam kampung itu nanti.

apa pun diharap perancangan projek kedua ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat bantuan serta keizinan Allah s.w.t

(gambar2 semasa lawatan ke pusat kajian ayam kampung UPM bersama Dr azhar akan dimasukkan nanti.. khatab tolong upload )

No comments:

Post a Comment