SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG NUSARHU AGROTEK...“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) "Failure is only postponed success as long as courage "coaches" ambition. The habit of persistence is the habit of victory." SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE nragrotek@gmail.com SILA BUAT PENDAFTARAN DI POSTING DIREKTORI USAHAWAN TANI DI BAWAH.. UNTUK MEMUDAHKAN KITA BEKERJASAMA DI MASA HADAPAN TQ
Pertanian adalah satu perniagaan demikianlah saranan kerajaan. Demi menyahut seruan kerajaan disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat sejiran maka lahirlah Nusarhu Agrotek(NRA). Projek penanaman tebu untuk air (untuk proses Minuman) telah menjadi projek pertama NRA. Penanaman tebu fasa pertama ini telah dijalankan di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor seluas 5 ekar. Semoga segala cerita dan catitan di dalam blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan panduan untuk pembaca semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Nusarhu Agrotek


Nusarhu Agrotek

BERBUDI PADA TANAH

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Advertising space

Tuesday, March 10, 2009

LADANG KUALA PANSOON

Ladang NusaRhu Agrotek yg pertama ( insyallah ada byk lagi) terletak di Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat, Selangor... ramai yg tahu tempat ni sebab ia terkenal dgn tempat perkelahan seperti sungai congkak dan tekali...
maklumat ladang:
  • Lokasi: Kampung Kuala Pansoon, Hulu langat, Selangor
  • Luas Tanah: 5 Ekar
  • Pemilikan: Wakaf Masjid


lokasi tanah ni pada pandangan kami amat menarik, walaupun tanah agak bercerun tetapi lokasi yg berhadapan dengan jalan utama ( ke gunung nuang) , ada bekalan elektrik dan yg paling best ... ada sungai yang airnya jernih macam cermin .... dan sungai tuh private... sebab perlu lalu ladang kami baru bleh sampai ke sungai tuh..

ni koleksi gambar2 ladang sebelum proses kerja tanah dan penanaman dimulakan

ni pandangan dari arah hadapan.. tinggi gak



Pandangan Ladang dari atas...mcm salem high country... belakang tuh kaki gunung nuang




pandangan dari arah depan.. yg hutan tebal blkg tuh hutan simpan...hutan betul tuh bro..


Ni jalan melalui ladang untuk ke sungai...nak namakan sungai tuh apa yer? Sungai Ben12 kot..



Tuh gaya pengurus Ladang ngan assistant nya... org lain pi survey tanah... depa dok tang nih ja...jentera berat biasa lah... hehehe


Pandanga dari atas

haa ni dia tukang cari batu sempadan...yg baju merah tu.. abg dollah.. ajk qariah masjid... dia lah yg byk tolong buat survey lokasi tanah nih.. cerun tang mana... sempadan kat mana.. tq bro dollah

Semua tgh dengar taklimat drp Abg Dollah pasal tanah nih... syarat2 dan sebagainya... yg botak, tinggi besar tuh of coz mr producer Zafran, depan abg dollah tuh Mustapha.. otai kpg tuh la..yg paling dekat ngan kamera tuh .. oatai kitaorg lah.. mr cool guy Abg Razib..yg Baju kelabu tuh... Den lah!... mr kamera man ni suka betul ambik gambar belakang... apa nak jadi nih!



No comments:

Post a Comment